Hiburan

Lagu Gila jadi juara AJL 35, kemenangan yang layak atau perlu dipertikai?

AKHIRNYA, lagu berjudul Gila yang dinyanyikan oleh Kaka Azraf, Loca B dan Noki telah diangkat menjadi juara Anugerah Juara Lagu 35 (AJL35).

Lagu ciptaan Noki, Loca B dan Ezra Kong itu berjawa membawa pulang trofi dan wang tunai berjumlah RM50,000.

Kalau melihat di laman sosial, ramai yang menyatakan rasa tidak puas hati dengan kemenangan lagu Gila.

Malah, ada yang menganggap lagu tersebut adalah karya yang diminati oleh sekelompok peminat minoriti sahaja.

Sebenarnya, jika nak dibandingkan dengan lagu-lagu lain, hanya ada dua sahaja lagu yang keluar dari kelompok kebiasaan muzik tempatan iaitu lagu Gila dan 7 Nasihat.

Malah, Azmeer sendiri memberitahu yang lagu Gila bernuansa tradisional kontemporari hip hop itu merupakan satu karya yang unik.

“Gila menggabungkan lagu elemen moden dan tradisional. Ada langgam (patah lagu) Melayu yang kuat.

“Dari segi lirik, lagu tersebut merupakan satu karya yang mudah connect (berhubung) dengan kebanyakan realiti kita semua iaitu pandemik Covid-19 yang berlaku di seluruh dunia,” katanya.

Lagu-lagu yang lain adalah adalah kitaran genre yang sudah berlambak dalam industri muzik tempatan.

Lagu bergenre rock seperti Jangan Khianati Aku dan beberapa lagu balada lain seperti Hati, Aku Bidadari Syurgamu, Semalam dan Gundah.

Semua genre ini adalah muzik yang sudah lama bertapak dalam industri dan kita perlukan sesuatu yang lebih segar seperti Gila.

Jadi, sesuailah lagu Gila diangkat menjadi juara AJL35. Tetapi, kalau kita mahukan lagu-lagu bergenre balada untuk menguasi industri muzik tempatan, maka teruskan sahaja niat untuk mempertikai kemenangan Gila.

Selain Gila, lagu Semalam nyanyian dan ciptaan Aina Abdul menduduki tempat kedua menakala  tempat ketiga pula menjadi milik lagu Belenggu Rindu nyanyian Datuk Jamal Abdillah dan Wany Hasrita hasil ciptaan Hael Husaini dan Ezra Kong.

Untuk pemenang naib juara membawa pulang hadiah wang tunai RM35,000 berserta trofi dan tempat ketiga pula meraih hadiah wang tunai RM20,000 berserta trofi.

Bagi kategori Vokal Terbaik pula menjadi milik Ernie Zakri (Gundah) manakala Persembahan Terbaik dimenangi Zizi Kirana (Eh). Pemenang kedua-dua kategori berkenaan membawa pulang hadiah wang tunai RM12,000 dan trofi.

Setiap persembahan finalis AJL 35 dinilai oleh sepuluh juri profesional tanah air yang diketuai oleh Datuk Mokhzani.

Selain itu, barisan juri yang terbabit adalah Azmeer, Ajai, Datuk Syafinaz, Edrie Hashim, Helen Yap, AG Coco, LY, Datuk Acis dan Lukhman S. -SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button