Politik

Jika ikhlas Bersatu tidak ganggu kerusi UMNO, Pas – MB Perak

MENTERI BESAR Perak Datuk Saarani Mohamad meminta agar Bersatu tidak bertanding di kawasan yang telah dimenangi oleh UMNO dan Pas pada Pilihan Raya Umum ke-14 yang lalu.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak itu berkata, Bersatu perlu berbuat demikian sekiranya parti itu mempunyai keiklasan untuk memperkukuhkan penyatuan Perikatan Nasional di negeri Perak.

“Kalau ada keikhlasan untuk menyokong dan mendokong penyatuan di negeri Perak, jangan ganggu tempat UMNO dan Pas.

“Terdapat dua ADUN (Ahli Dewan Undangan Negeri) Bersatu di Perak sekarang iaitu di Sungai Manik dan Tualang Sekah. Kerusi itu sebenarnya hak UMNO. Jadi, UMNO akan letak calon bertanding di kawasan ini,” katanya.

Memetik laporan Sinar Online, ADUN Tampan itu turut menggesa
Bersatu tidak bertanding di kawasan yang asalnya dimiliki UMNO seperti di Parlimen Larut, Bagan Serai dan Bukit Gantang.

“Kami menang dulu (PRU14) atas tiket BN (Barisan Nasional). Kita tidak akan bagi kepada Bersatu. Tiada sebarang kompromi,” katanya.

Sementara itu Saarani mencadangkan agar Bersatu mencari pasaran baru dengan bertanding di kerusi-kerusi yang disandang oleh Pakatan Harapan.

“Bersatu janganlah mengganggu tempat Umno dan PAS. Cuba cari pasaran baru, itu yang kita minta.

“Kalau tidak, seperti yang dijangkakan, akan berlaku pertandingan tiga penjuru ataupun empat penjuru. Jika itu berlaku, sudah tentu orang lain akan mengambil kesempatan dan parti-parti Melayu akan jatuh,” katanya.-SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button