Politik

Najib jangka dividen KWSP 2020 tinggi

AHLI Parlimen Pekan Datuk Seri Najib Tun Razak menempelak pihak yang mengatakan beliau bodoh selepas menyarankan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) meningkatkan pelaburan mereka di Amerika Syarikat (AS) ketika menjawat jawatan perdana menteri.

Najib menjangkakan dividen KWSP untuk tahun 2020 yang akan diumumkan tidak lama lagi lebih tinggi berbanding dividen Amanah Saham Nasional sebanyak 4.25%

Beliau turut menjangkakan KWSP akan menjelaskan bahawa dividen tahun 2020 diselamatkan oleh pelaburan luar negara yang memberi pulangan yang jauh lebih besar berbanding pulangan domestik.

“Geng sebelah sana yang tidak puas hati bahawa saya masih tekan isu skim i-Sinar kata Najib bodoh sebab saya pernah kata pada Presiden Trump bahawa KWSP akan melabur dalam Amerika Syarikat.

“Mereka tuntut saya jelaskan kenapa saya bodoh sehingga mahu bantu Amerika Syarikat. Ok. Mari kita tengok siapa yang bodoh,” katanya.

Menurut Najib, beliau mempunyai dua pertimbangan ketika menyarankan KWSP membuat pelaburan di Amerika Syarikat termasuk untuk mengelakkan Malaysia daripada dijadikan sasaran Presiden Donald Trump dalam perang dagang ketika itu.

“Ramai yang tidak tahu bahawa pada bulan April 2017, Malaysia juga telah diletakkan secari rasmi oleh Amerika Syarikat di dalam senarai negara termasuk negara China yang didakwa melakukan penipuan perdagangan.

“Ini sangat berbahaya kepada negara kerana Amerika Syarikat merupakan negara dagangan ketiga terbesar kita,” kata Najib.

“Akhirnya kerajaan BN masa saya PM berjaya sebab USA tak teruskan dengan dakwaan tersebut dan tidak mengambil langkah menyekat eksport Malaysia kepada mereka,” katanya.

Pertimbangan kedua kerana KWSP sudah lama melabur di Amerika Syarikat  iaitu lebih sepuluh tahun dahulu.

Banyak pihak tidak sedar bahawa jumlah saiz aset KWSP adalah sangat besar berbanding saiz ekonomi tempatan.

“Misalnya, jumlah nilai terkumpul (market capitalization) SEMUA syarikat tersenarai dalam Bursa Malaysia adalah RM1,622 bilion pada akhir bulan Oktober 2020 manakala saiz KWSP adalah RM940 bilion.

“Erti kata lain, jika KWSP melabur seluruh aset mereka dalam Bursa Malaysia sama rata, KWSP akan menjadi pemegang saham terbesar dengan pegangan 58% dalam semua syarikat tersenarai Malaysia.

“Sudah tentu ini tidak munasabah, tidak mungkin dan tidak akan memberi pulangan yang baik bagi KWSP. Sebab itu, KWSP perlu mencari peluang perlaburan di luar negara yang memberi pulangan yang lebih baik bagi ahli-ahli mereka,” katanya.

Justeru, strategi pelaburan itu sedikit sebanyak menyelamatkan kadar dividen KWSP pada tahun 2018 dan 2019 selepas ekonomi negara jatuh dan pasaran saham menjadi paling corot dalam dunia di bawah pentabiran Pakatan Harapan.

“Jika bukan diselamatkan oleh pelaburan luar negara, kadar dividen KWSP bagi tahun 2018 dan 2019 akan menjadi jauh lebih rendah memandangkan pasaran domestik dua tahun itu telah dijahanamkan Gagalkrasi PH.

“Memandangan dua pertimbangan saya itu, adakah Najib bodoh sebab telah selamatkan ekonomi negara dari tindakan sekatan perdagangan USA dan juga memastikan ahli-ahli KWSP dapat menikmati kadar dividen yang lebih tinggi?” tanya Najib.

Pada 13 September 2017 media melaporkan Najib memberitahu Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan beberapa syarikat lain merancang meningkatkan pelaburan mereka di Amerika Syarikat (AS).

Beliau berkata, langkah itu adalah bagi membantu mengukuhkan ekonomi Amerika Syarikat.

Najib berkata, KWSP sahaja dijangka melabur antara AS$3 bilion dan AS$4 bilion di negara itu.-SM

 

 

(Visited 573 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button