Hiburan

Selepas dijangkiti Covid-19, ada orang cuba nak sihirkan Aeril Zafrel pula

Selepas dijangkiti Covid-19 sebelum ini, pelakon, Aeril Zafril lagi dan kali ini melibatkan ilmu hitam yang cuba ditujukan kepada dirinya dan ahli keluarga yang lain.

Aeril yang juga suami kepada pelakon, Wawa Zainal itu memberitahu, perkara itu disedari oleh seseorang yang arif dengan ilmu sihir.

Pelakon filem KL Vampires itu turut menunjukkan tiga keping logam berukir yang menyerupai tangkal dengan kain kuning dipercayai digunakan untuk tujuan sihir.

Menurut Aeril, dia menganggap tindakan itu sebagai dugaan buat dirinya dan berserah kepada Allah untuk menghadapinya dengan tenang.

“Setiap orang ada ujian, cubaan dan dugaan masing-masing. Hanya dengan pertolongan Allah sahaja segalanya dipermudahkan jalan keluarnya dan mampu dihadapi dengan tenang.

“Begitu juga dengan saya, Alhamdulillah, Allah hantarkan bantuannya menerusi orang yang arif. Saya dan keluarga terselamat daripada permainan ilmu sihir ‘seseorang’ baru-baru ini,” katanya.

Namun, Aeril menganggap perkara itu mungkin dilakukan ekoran kesalahan dirinya yang tidak disedari dan memohon maaf dengan pihak yang terlibat.

“Barangkali ada salah dan khilaf yang saya tak sedari, saya dengan rendah hati memohon maaf pada pihak yang terasa hingga tergamak melakukan percubaan sihir itu.

“Sejujurnya saya memaafkan perbuatan aniaya ‘pihak itu’ kepada saya. Selebihnya saya serahkan pada Allah Rafiqul A’la. Semoga bertaubat dengan sesungguhnya,” jelasnya.

Ujar Aeril lagi, dia juga menjemput sesiapa yang tidak berpuas hati atau ingin menegur kesilapannya untuk tampil bersemuka.

Tambahnya, dia sentiasa berlapang dada untuk mendengar dan membetulan apa jua kesalahannya jika ada.

“Saya mohon ampun maaf pada semua. Saya serahkan diri saya, isteri dan anak2 kepada sebaik-baik tempat berlindung dan perlindungan Yang Maha Menyelamatkan – ALLAHhu Robbi,” katanya.

Sementara itu, ruangan komen Aeril juga dipenuhi dengan komen peminat yang mendoakan keselamatan Aeril dan ahli keluarganya. -SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button