Hiburan

Seniman merayu kerajaan benarkan penggiat seni bekerja

Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN) mewakili 7,000 ahli yang berkerja di dalam Industri Kreatif di Malaysia memohon dan merayu kepada kerajaan untuk menetapkan prosedur operasi standard (SOP) bagi penggiat seni sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan 2.0 dikuatkuasakan.

Setiausaha Agung Seniman, Mohd. Hafiz Hanafiah berkata, mereka akur dan sentiasa patuh dengan arahan pihak Kerajaan sepanjang tempoh PKP.

“Namun warga kerja industri kreatif di Malaysia ini kebanyakkannya berkerja secara freelance
atau job basis dan apabila dikuatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan kami tidak lagi dibenarkan
menjalankan penggambaran dan tiada pendapatan untuk meneruskan kelangsungan hidup.

“Kami juga mempunyai tanggungjawab terhadapa keluarga dan anak-anak kami serta hutang yang
perlu dijelaskan,” katanya.

Sehubungan itu, Seniman memohon agar pihak kerajaan dapat mengeluarkan garis panduan kepada penggiat seni untuk meneruskan penggambaran demi kelangsungan hidup

Ujarnya, Seniman sangat bimbang dan risau dengan ahli-ahli kami yang semakin terhimpit akibat wabak Covid-19 disebabkan tiada tawaran kerja yang menyebabkan keadaan kehidupan mereka semakin tertekan.

“Umum mengetahui sektor pengilangan dan pembinaan adalah penyumbang terbesar kepada kes
harian Covid-19 di Malaysia setiap hari dan mereka masih dibenarkan untuk terus beroperasi,
jika sektor ini dibenarkan beroperasi mengapa industri kreatif tidak dibenarkan beroperasi? Kami
sedia mematuhi segala garis panduan dan SOP yang ditetapkan oleh pihak kerajaan.

“Seniman sekali lagi mendesak pihak Kerajaan untuk mengeluarkan garis panduan dan SOP
kepada warga industri kreatif secepat mungkin untuk kami meneruskan penggambaran demi
kelangsungan hidup kami dan keluarga,” katanya.

Jelasnya, Seniman percaya dengan kepimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang sentiasa prihatin terhadap rakyat Malaysia termasuk kami di dalam industri kreatif yang amat terjejas sekiranya penggiat seni terus tidak dibenarkan menjalankan penggambaran secepat mungkin. -SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button