Nasional

Risiko Muhyiddin terbang ke Jakarta jumpa Jokowi: Tunggu jawapan!

TAK kiralah Tan Sri Muhyiddin Yassin diserang waga maya atau netizen di Facebook Istana Negara seperti yang dilaporkan oleh portal berita Malaysikini, pagi tadi Perdana Menteri berada di Jakarta untuk bertemu secara empat mata dengan Presiden Indonesia, Joko Widodo atau Jokowi.

Dalam keadaan pandemik Covid-19 melanda Malaysia dan Indonesia, dalam rakyat terikat dengan Perintah Kawalan Pergerakan 2.0 (PKP) yang bersambung lagi sedangkan PKP yang berakhir pada 4 Februari baru-baru ini, tidak disambung, Muhyiddin terbang ke Jakarta.

Menurut laporan BERNAMA seperti mana dipetik oleh portal Inggeris The Star, pertemuan antara empat mata itu berlaku di Istana Merdeka.

Menurut laporan mereka, Muhyiddin bertemu dengan Jokowi pada pukul 11.50 pagi tadi selama 40 minit.

Memanglah kita tahu pertemuan itu mengikut SOP yang ditetapkan tetapi butiran pertemuan, tujuan pertemuan, rasionalnya diadakan pertemuan, memang tidak dihebahkan.


Risiko diambil oleh Muhyiddin untuk bertemu Jokowi di Jakarta, sedangkan Jokowi tidak pula mengambil risiko datang ke Putrajaya dalam Covid-covid ni.

Itulah yang mengundang warga maya atau netizen dan rakyat Malaysia secara keseluruhannya, untuk mempersoalkan tindakan Muhyiddin terbang ke Jakarta.

Sebelum ini, boleh sahaja Muhyiddin lakukan perbualan secara maya menggunakan kaedah zoom tetapi mungkin amat penting dan perlu bagi Perdana Menteri kita ini, bertemu secara fizikal dengan Presiden Indonesia itu.

Ramalan atau spekulasi intipati pertemuan antara dua pemimpin nombor satu bagi negara masing-masing boleh sahaja disenaraikan.

Antaranya ialah isu berkaitan dengan diskriminasi minyak kelapa sawit, jerebu, pelaburan dan perdagangan serta kerjasama membuka sempadan dua negara (Reciprocal Green Lane) dalam keadaan pandemik Covid-19.

Selepas pertemuan Muhyiddin dengan Jokowi, sekembalinya Perdana Menteri kita nanti, beliau perlu jalani ujian swab, kuarantin kendiri dan elak keluar rumah.

Apa yang rakyat harapkan daripada pertemuan empat mata dua pemimpin ini? Khususnya kelebihan yang berpihak kepada Malaysia. Bukan kepada Indonesia semata-mata.

Kita tunggu apa Abah Din kata. – SM

(Visited 243 times, 1 visits today)

Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button