Nasional
Muhyiddin ulangi komitmen bubar parlimen
Perdana Menteri mengulangi komitmen beliau untuk membubarkan parlimen apabila Covid-19 reda bagi membolehkan pilihan raya diadakan.
Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, beliau akan menasihatkan Yang di-Pertuan Agong apabila situasi selamat untuk diadakan pilihan raya.
Beliau turut melahirkan keyakinan kepada Yang di-Pertuan Agong yang arif sebagai ketua negara akan situasi semasa, walaupun terdapat pihak yang mencabar proklamasi darurat di mahkamah.
Dalam perutusan hari ini Muhyiddin juga mengumumkan Khairy Jamaluddin akan mengendalikan proses vaksinasi terbesar negara tidak lama lagi.