Nasional

Raja Muda Perlis lancar Sinergi Sosial PERKSESO – MAIPs

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan berangkat melancarkan ‘Program Sinergi Sosial Antara Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) dan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs)’.

Ia disempurnakan baginda sempena aktiviti ‘Hijrah Minda MAIPs Bilangan Ke-2 Bagi Tahun 2021’ yang diadakan di Masjid Al-Husna, Batu Bertangkup, Padang Besar.

Keberangkatan baginda diiringi sama anakanda, Syed Sirajuddin Areeb Putra Jamalullail disambut oleh Pengarah Negeri PERKESO Perlis, Basharudin Khalid dan Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Hj Mohd Nazim Mohd Noor.

‘Program Sinergi Sosial’ berkenaan merupakan inisiatif bagi mewujudkan ekosistem keselamatan sosial dalam negara dengan penglibatan pelbagai rakan strategik terdiri daripada agensi kerajaan dan juga bukan kerajaan.

Ia merupakan satu kerjasama antara MAIPs dan PERKESO di bawah platform MySinergi yang bertujuan melaksanakan kerjasama pintar dan perkongsian maklumat bagi membantu masyarakat yang memerlukan bantuan ekoran kehilangan upaya atau kematian melibatkan para pencarum di bawah skim faedah PERKSESO.

Selain itu, kerjasama tersebut juga membentuk satu jaringan keselamatan sosial holistik dan penyelesaian menyeluruh bagi rakyat Malaysia selain bertujuan meningkatkan pendapatan dan mengurangkan kadar kemiskinan rakyat serta menjadikan mereka berpengetahuan dalam pengurusan kewangan sistematik.

Terdahulu majlis dimulakan dengan ‘Ceramah Hijrah Minda’ berkaitan faedah caruman PERKSESO selain penyampaian sumbangan agihan zakat kepada sepuluh orang warga asnaf terpilih dari kalangan anak kariah masjid tersebut yang disempurnakan oleh Tuanku Raja Muda yang juga merangkap Tuanku Yang DiPertua MAIPs.

(Visited 392 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button