Politik

Gambaran paling tepat nasib rakyat biasa kini ialah #kalahkalah – Rafizi

SELEPAS sekian lama menyepikan diri daripada membuat kenyataan mengenai situasi semasa Naib Presiden PKR yang dilantik, Rafizi Ramli munculkan diri memberi pandangan berhubung pandemik Covid-19 di Malaysia.

Dalam hantaran terbaharu di Facebook hari ini, pakar strategi dan perang saraf Pakatan Harapan pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 itu berkata, gambaran paling tepat nasib rakyat biasa ketika ini ialah #kalahkalah

Beliau melahirkan perasaan bimbang berikutan terdapat ura-ura kononnya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)  akan dilaksanakan semua berikutan bilangan kes baharu dan kes kematian akibat Covid-19 meningkat.

Katanya, keadaan yang dialami oleh negara sekarang boleh dielakkan sekiranya kerajaan Pakatan Harapan tidak dijatuhkan pada Mac lalu.

“Kalau siri curi mencuri kerajaan tidak berlaku sejak Februari, Pilihan Raya Negeri Sabah September lalu mungkin tidak berlaku. Tanpa PRN Sabah, gelombang ketiga Covid tidak berlaku.

“Saya pasrah ini ujian dan hanya dengan lockdown ia dapat ditangani. Tapi giler bengang sebab tak ada seorang pun yang tampil bertanggungjawab.

“Memang la ajal tu di tangan Tuhan, tapi gelombang ketiga yang berpunca daripada gelojohnya politikus mencetus gelombang kematian yang baru. Politikus terus curi mencuri kerajaan, yang mati orang biasa dan juga tikus-tikus,” kata bekas Ahli Parlimen Pandan itu.

Menurut Rafizi, PKP adakan mendatangkan masalah kepada kumpulan kelas pertengahan sepertinya yang mahu memastikan petugas tidak hilang pekerjaan dan masalah lain termasuk soal makan dan belanja bulanan.

Manakala bagi orang kebanyakan pula menurut beliau, pandai-pandailah untuk menjaga diri sendiri kerana  kumpulan itu akan #kalahkalah.

“Tapi memang layak pun kita #kalahkalah sebab kalau di negara lain kalau gelombang kedua dan ketiga dicetuskan oleh tindakan curi mencuri kerajaan oleh politikus dah lunyai politikus-politiku tu kena dengan rakyat.

“Kat Malaysia tak apa, asal Melayu Isle. Melayu Isle #kalahkalah pun tak apa. Jadi sama-sama tarik nafas yang panjang.

“Saya pasrah dan redha melalui PKP sekali lagi. Sekali lagi berdepan dengan risiko gulung tikar, bayar gaji RM500,000 sebulan, bisnes makin lembap.

“Saya pasrah yg org Malaysia ni jenis tak kisah dan suka dibuli, asal yg buli tu kaum dia ha, ha, ha. Pandai-pnadai la korang #kitajagakita walau confirm #kalahkalah,” kata Rafizi.-SM

(Visited 3,475 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button