Sukan

Prestasi Sukan SEA mengecewakan, apa komen Syed Saddiq?

KUALA LUMPUR – Prestasi Sukan SEA Malaysia di Filipina dianggap paling teruk dalam sejarah sukan tersebut dari sudut kegagalan mencapai sasaran pingat emas berbanding jumlah perserta yang dihantar dan jumlah acara yang ditandingi negara.

Menurut bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak prestasi Malaysia amat mengecewakan dan negara gagal mencapai sasarannya walaupun telah menghantar rombongan yang cukup besar dengan 773 peserta untuk bertanding dalam 52 acara.

Kegagalan Malaysia mencapai sasaran 70 pingat emas seperti yang disasarkan Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman sekaligus menimbulkan persoalan.

“Menteri sasar 70 pingat emas, 51 perak dan 105 gangsa serta kedudukan keempat. Yang kita dapat ialah 55 emas, 58 perak dan 71 gangsa dan tempat ke-5.

“Dalam acara e-Sports kesayangan menteri, kita cuma dapat satu pingat emas dan satu pingat gangsa dari enam acara.  Lebih membimbangkan ialah Malaysia nyaris kalah kepada Singapura yang mencapai 53 pingat emas.

“Apa komen Syed Saddiq serta semua penyelaras sukan negeri yang kebanyakannya merupakan lantikan politik dari EXCO Armada PPBM?” tanya Najib.

Najib turut menyenaraikan Sukan SEA yang disertai Malaysia serta pencapaian negara dalam setiap penyertaan sebagai perbandingan kejayaan yang dicipta Malaysia sebelum ini.

Sukan SEA Filipina 2019 (sasaran 70 pingat emas)
– 773 peserta bertanding dalam 52 acara.
– 55 emas, 58 perak dan 71 gangsa

Sukan SEA KL 2017 (sasaran 111 pingat emas)
– 844 peserta bertanding dalam 38 acara.
– 145 emas, 91 perak dan 86 gangsa

Sukan SEA Singapura 2015 (sasaran 50 emas)
– 641 peserta bertanding dalam 35 acara.
– 62 emas, 58 perak dan 66 gangsa

Sukan SEA Myanmar 2013
– 556 peserta bertanding dalam 29 acara.
– 43 emas, 38 perak dan 79 gangsa

Sukan SEA Jakarta 2011
– 608 peserta bertanding dalam 31 acara.
– 58 emas, 50 perak dan 81 gangsa

Sukan SEA Laos 2009
– 348 peserta bertanding dalam 21 acara.
– 40 emas, 40 perak dan 59 gangsa- SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button