Aiman Hakim, Zahirah Macwilson timang cahaya mata lelaki
PASANGAN pelakon, Aiman Hakim Ridza dan Zahirah Macwilson mengumumkan mereka menimang cahaya mata lelaki pada 5 Januari lalu.
Berita gembira itu dimaklumkan Aiman Hakim menerusi akaun Instagram miliknya hari ini.
“Alhamdulillah, pada 5 Januari lalu, cahaya mata pertama kami selamat dilahirkan pada 2.26 petang (waktu Australia).
“Kami teruja, gembira dan bersyukur dengan segala pengalaman sepanjang berada di bilik bersalin hinggalah bergelar ibu bapa.
“Perjalanan ini adalah satu yang penuh rahmat dan kami teruja untuk menikmati setiap detik istimewa ini. Kelahiran ini juga adalah hadiah yang terbaik pernah kami terima,” katanya.
Pasangan Aiman Hakim dan Zahirah mendirikan rumah tangga pada 20 Februari 2020.
Selepas mengumumkan kehamilan, pasangan ini memilih untuk tinggal di Australia bersama dengan keluarga sejak Oktobr lalu. -SM