Nasional

Durian dapat permintaan tinggi di China, catat penjualan sebanyak RM30.45 juta

BUAH durian dilihat sebagai mampu menjana pendapatan lumayan kepada negara dengan permintaan tinggi yang dicatatkan dari negara China.

Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee berkata, pada May 2019 hingga Jun 2020, negara telah memperoleh sebanyak RM30.54 juta hasil eksport buah durian sejuk beku ke China.

“Ada permintaan yang tinggi melibatkan buah durian jenis Musang King dari China dan ini adalah satu sumber yang berpotensi untuk menjana pendapatan negara,” katanya ketika merasmikan Hotel Unicorn Four Season Durian Hotel di Sungai Besi, hari ini.

Turut hadir merasmikan hotel yang dimiliki usawahan, Tan Sri Lee Kim Yew itu ialah Timbalan Menterinya, Datuk Seri Ahmad Hamzah.

Hotel Unicorn Four Season Durian menjadi satu-satu hotel yang membenarkan pengunjung untuk membawa dan menikmati raja buah itu di dalam bilik hotel mereka.

Malah, hotel tersebut juga menjanjikan buah durian yang sepanjang tahun tanpa mengira musim kepada pengunjung yang ingin menikmati buah itu.

Mengulas lanjut, Ronald turut memberitahu yang durian adalah satu daripada lanskap agikultur terpenting negara.

“Pada tahun lalu, sebanyak 70,356 hektar tanah digunakan untuk penanaman durian yang berjaya menghasilkan sebanyak 405,536 tan metrik buah tersebut.

“Malah, kita menjangkakan yang malaysia mampu menghasilkan sebanyak 443,000 tan metrik durian,” katanya.

Ujar beliau, semakin ramai usahawan yang kini menggunakan durian dalam perniagaan mereka dan perkara ini membuka peluang baharu kepada ramai individu.

Jelasnya, pihaknya juga akan berusaha dengan terbaik untuk membangunkan peluang yang terdapat dalam industri durian dalam negara.

“Kita akan terus memberikan sokongan terhadap inisiatif yang dilakukan pelbagai pihak termasuk di sektor swasta untuk terus mempromosikan buah-buahan tempatan seperti durian,” katanya. -SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button