Alam Sekitar

Hujan kategori bahaya di Pekan, Rompin dan Mersing

JABATAN Meteorologi Malaysia mengeluarkan amaran cuaca bahaya di Pekan dan Rompin di Pahang serta Mersing di Johor yang akan mengamai hujan sangat lebat.

Ketiga-tiga daerah itu akan mengamai cuaca bahaya dengan hujan sangat lebat dan berterusan hari ini.

Sementara itu Raub, Bentong, Temerloh, Maran, Kuantan dan Bera di Pahang dikategorikan sebagai buruk.

Turut dikategorikan buruk adalah Segamat dan Kluang di Johor. Daerah terbabit dijangka akan mengalami hujan lebat berterusan hari ini.

Manakala beberapa kawasan di Kelantan, Terengganu, Pahang serta Johor dalam kategori waspada sehingga esok.

Mengikut portal bencana Pusat Kawalan Bencana Negara dua negeri ketika ini mengalami banjir iaitu di Johor dan Pahang.

Di Johor daerah yang terlibat adalah Johor Bahru yang melibatkan 2,253 penduduk, Batu Pahat (7), Kluang (1,214), Kota Tinggi (845), Kulaijaya (574) dan Pontian (6).

Keseluruhan 4,899 penduduk dari 1,294 keluarga di Johor telah dipindahkan ke pusat pemindahan.

Sementara 44 penduduk dari 13 keluarga di Maran, Pahang telah dipindahkan ke pusat pemindahan akibat banjir.-SM

P/s : Suara Merdeka adalah sebuah portal yang bergerak atas inisiatif wartawan yang kehilangan pekerjaan. Sekiranya pihak pembaca berkesudian untuk membantu perjuangan kami, sila klik link ini.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button