Hiburan

Ada sebab rupanya kenapa Fazura, Fattah Amin tak tunjuk wajah anak

WALAUPUN sudah lama tidak aktif dalam dunia lakonan, namun perkembangan pelakon jelita, Nur Fazura sejak dia mengumumkan kehamilannya sentiasa menjadi ikutan.

Malah, keterujaan Fazura yang juga isteri kepada Fattah Amin begitu jelas terpancar dengan sesi pengambaran khas sebelum bersalin.

Bukan setakat itu, Fattah juga telah mendedikasikan dua lagu baharu khusus buat anak mereka yang diberi nama Nur Fatima Aisya.

Ternyata, apa yang dilakukan mereka turut menaikkan keterujaan peminat untuk melihat wajah anak sulung mereka.

 

Sayangnya, sejak dilahirkan pada 2 Oktober lalu, baik Fazura atau Fattah, kedua-duanya langsung tidak memuat naik gambar penuh wajah anak mereka.

Kesemua gambar yang dimuat naik akan ditutup di bahagian muka. Tidak tahu perkara itu dilakukan secara sengaja atau tidak.

Ternyata perkara itu menimbulkan tanda tanya dalam kalangan peminat kenapa pasangan selebriti itu mengambil keputusan demikian.

Akhirnya, selepas dua bulan, Fazura dan Fattah menyiarkan gambar penuh anaknya menerusi akaun Instagram mereka.

Turut disertakan dengan gambar tersebut ialah ucapan selamat tahun baharu 2021 daripada ketiga-tiga mereka.

Ternyata, anak Fazura dilihat sangat comel dan cukup sihat. Rupanya Fazura dan Fattah sengaja menunggu tahun baharu untuk mempamerkan wajah penuh anaknya.

Apa-apa pun, rahsia mengenai wajah anak Fazura dan Fattah kini sudah terlerai. Cukup comel dan sihat.

Laman Instagram Fazura dan Fattah juga dihujani dengan ucapan yang memuji wajah comel anaknya baik daripada rakan selebriti, mahupun peminat.

Tak sabar rasanya nak tengok hasil penggambaran keluarga terbaharu ini.

Untuk rekod, Fatima Aisya dilahirkan selepas tiga tahun Fazura dan Fattah berkahwin iaitu pada November 2017. -SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button