Luar Negara

Pemuda bakar diri sendiri kerana stres, masalah kewangan

KERANA stres dan mengalami masalah kewangan seorang pemuda membakar diri sendiri hingga maut dalam kejadian di sebuah rumah sewa di Peridi, Pondok Aren, Tangerang, Jakarta.

Iskandar Hasugian yang sudah berkeluarga bertindak demikian dengan menyiram dirinya dengan petrol.

Menurut polis, mangsa berbuat demikian kerana tekanan hidup dan berhadapan dengan masalah kewangan.

“Mangsa menghadapi depresi dan tekanan hidup.

“Maklumat daripada tetangga adalah disebabkan faktor kewangan,” kata polis.

Mangsa menghembuskan nafas terakhir ketika dalam perjalanan menuju hospital.

Saksi mengatakan,  Iskandar membakar dirinya sendiri sekira pukul 11 pagi waktu Indinesia Barat pada Khamis.

Dia bertindak sendiri di lokasi hanya sekira 10 meter dari rumah sewanya.

Mulanya Iskandar membeli petrol dari  kios yang berada di sebelah rumahnya.

Setelah itu ia berjalan dan terus melakukan aksi bakar diri. – Tribunnews.com

(Visited 265 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button