Wow! Lebih Sejuta Pengikut Di Youtube, Ini 7 Youtuber Indonesia Paling Popular!
1. ATTA HALILINTAR
Jumlah pengikut (subscribers) : 26.1 juta
Menduduki tangga pertama, Muhammad Attamimi Halilintar atau lebih dikenali oleh pengikutnya dengan nama Atta Halilintar merupakan seorang Youtuber, pencipta kandungan digital, personaliti sosial media, penyanyi, pelakon dan usahawan yang popular di Indonesia.
Mula aktif sebagai Youtuber sekitar tahun 2016, pemuda berusia 26 tahun ini merupakan Youtuber pertama di Asia Tenggara yang memiliki Diamond Play Button kerana memiliki lebih 10 juta pengikut (subscribers) di saluran Youtube.
Hebat kan!
Antara kandungan video yang sering dimuatnaik Atta di saluran Youtube ialah vlog peribadi memaparkan gaya hidup beliau dan wawancara bersama selebriti terkenal Indonesia.
Sehingga kini, Atta Halilintar telah memuatnaik 1,126 video dengan jumlah tontonan 2, 971,688,926 billion!
2. BAIM PAULA
Jumlah pengikut (subscribers) : 17.3 juta
Baim Wong dan Paula Verhoeven merupakan pasangan suami isteri selebriti Indonesia.
Pada tahun 2016, pasangan ini mula aktif di saluran Youtube dengan kandungan video “social experiment” di samping memaparkan aktiviti seharian bersama anak lelaki mereka, Kiano Tiger Wong.
Sehingga kini, Baim dan Paula telah memuatnaik 1,126 video di saluran Youtube milik mereka dengan jumlah tontonan 2,665,897,966 billion!
3. ARIF MUHAMMAD / MAK BETI
Jumlah pengikut (subscribers) : 11.1 juta
Youtuber Arif Muhammad mencuri tumpuan orang ramai dengan keletahnya sebagai karakter Mak Beti.
Karakter Mak Beti merupakan watak parodi ibu-ibu di kampung halaman Arif di Medan yang sibuk menguruskan anak-anak pada waktu pagi untuk ke sekolah.
Dari situ, Arif mendapat idea membuka akaun Youtube sendiri dan mencipta karakter Mak Beti.
Sehingga kini, Arif atau Mak Beti sudah memuatnaik 250 video di saluran Youtubenya dengan jumlah tontonan 2,080,094,615 billion!
4. PANJI PETUALANG
Jumlah pengikut (subscribers) : 8.18 juta
Panji Petualang merupakan seorang pemuda berasal dari Indonesia yang terkenal dengan kepakaran beliau menjinakkan haiwan reptilia yang liar.
Di saluran Youtubenya, Panji berkongsi video aksi bermain dengan reptilia liar seperti ular King Cobra, buaya dan biawak disamping berkongsi ilmu penjagaan haiwan liar khusunya.
Sehingga kini, Panji Petualang sudah memuatnaik 755 video di saluran youtube miliknya dengan jumlah tontonan 1,218,779,145 billion!
5. KANG UJANG BUSTOMI CIREBON
Jumlah pengikut (subscribers) : 4.79 juta
Ujang Bustomi atau Muhammad Ujang Bustomi merupakan seorang pengamal perubatan tradisional dalam ilmu mistik yang berasal dari daerah Cirebon, Indonesia.
Beliau terkenal dengan video paranormal menentang aktiviti mistik khususnya perbuatan sihir di sekitar Indonesia.
Menariknya, dalam kesemua video yang dimuatnaik, Kang Ujang sendiri “menentang” ahli sihir secara bersemuka.
Mula aktif di saluran Youtube pada tahun ini, sehingga kini, Kang Ujang sudah memuatnaik 200 video dengan jumlah tontonan 629,502,189 juta!
6. CHEF ARNOLD POERNOMO
Jumlah pengikut (subscribers) : 2.12 juta
Chef Arnold Poernomo merupakan seorang Chef terkenal kelahiran Surabaya, Indonesia.
Beliau mula mencuri tumpuan warga Indonesia selepas menjadi juri bagi pertandingan masakan, Masterchef Indonesia untuk beberapa siri.
Menerusi saluran Youtube miliknya, Chef Arnold berkongsi pelbagai jenis resepi makanan dengan pengikutnya.
Mula aktif di saluran Youtube pada tahun 2013, sehingga kini Chef Arnold memuatnaik 102 video masakan dengan jumlah tontonan sebanyak 154,319,685 juta!
7. KANG DEDI MULYADI
Jumlah Pengikut (Subscribers) : 528,000 ribu
Kang Dedi Mulyadi atau nama sebenarnya Haji Dedi Mulyadi merupakan ahli politik Indonesia.
Beliau pernah memegang jawatan sebagai Datuk Bandar Daerah Purwakarta, Jawa Barat, Indonesia pada tahun 2008 sehingga 2018.
Kini, beliau aktif sebagai “orang biasa” dan membuka akaun Youtube peribadi dengan misi menyantuni rakyat Indonesia yang kurang berkemampuan, seperti mana video-video yang dimuatnaik di saluran Youtube milik beliau.
Mula aktif di saluran Youtube pada tahun 2017, sehingga kini Kang Dedi Mulyadi memuatnaik 1,056 video dengan jumlah tontonan sebanyak 74,968,890 juta!