Hiburan

FINAS pantau pelaksanaan SOP di pawagam

Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) serta Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) memantau pelaksanaan dan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang digariskan Majlis Keselamatan Negara (MKN) bagi mengekang Covid-19 di pawagam seluruh negara.

Finas dalam satu kenyataan berkata, satu Program Lawatan Santai ke Pawagam diadakan di Golden Screen Cinemas (GSC) di Alamanda, Putrajaya semalam, bertujuan memantau pelaksanaaan dan pematuhan SOP di pawagam itu.

Program itu disempurnakan oleh Ketua Setiausaha KKMM Datuk Seri Mohammad Mentek dan turut dihadiri Timbalan Ketua Setiausaha (Infrastruktur Telekomunikasi dan Ekonomi Digital) KKMM Tan Chuan Ou serta Ketua Pegawai Eksekutif Finas Ahmad Idham Ahmad Nadzri.

Mohammad turut melawat Bilik Projektor GSC bagi memantau operasi dan proses penayangan filem di pawagam.

Menurut Finas, sesi lawatan santai itu berupaya mengukuhkan hubungan strategik antara KKMM, Finas dan pemain industri pawagam dalam mendepani cabaran pemulihan ekonomi impak penularan Covid-19. -SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button