Hiburan

Michael Ang, Noraniza Idris berdamai, bermaafan

PERSELISIHAN antara penyanyi, Noraniza Idris dan pengarah, Michael Ang selesai apabila kedua-duanya memilih jalan untuk berdamai  dan saling bermaafan.

Kedua mereka bermaafan secara terbuka pada sidang media khas di Pusat Persidangan Antarabangsa Putrajaya (PICC) ketika berlangsungnya Anugerah Meletop Era 2020 (AME2020).

Menurut Michael, pertemuan empat mata itu dibuat bagi meleraikan salah faham yang berlaku antara mereka berikutan kritikan yang dilakukan dalam media sosial berhubung persembahan Noraniza ketika menyertai program realiti, Gegar Vaganza musim ketujuh (GV7).

“Saya minta Astro mengatur pertemuan kerana mahu orang luar mengetahui perkara sebenar. Saya juga mahu Noraniza tahu kritikan ini bukan bersifat peribadi, tetapi lebih kepada persembahannya. Saya ingin meminta maaf kerana komen yang dibuat menggunakan bahasa kasar.

“Saya seharusnya lebih berhati-hati dan berlapik, memandangkan Noraniza sudah berusia. Saya lega apabila perkara ini selesai dan Noraniza tahu niat sebenar saya mengeluarkan komen ini,” katanya seperti yang dipetik dari BH Online.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button