Siti Nurhaliza, Neelofa antara 100 individu berpengaruh dalam dunia digital
PENYANYI nombor satu Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza dan pelakon serta pengacara, Neelofa tersenarai dalam 100 individu paling berpengaruh dalam dunia digital di Asia.
Kedua-dua wanita itu turut tercalon dengan beberapa lagi individu berpengaruh seperti bintang kumpulan K-Pop, Blackpink dan Datuk Shah Rukh Khan dan Amitabh Bachchan.
Senarai-senarai yang dikeluarkan itu merangkumi penyanyi, band serta pelakon yang paling berpengaruh di media sosial peringkat Asia Pasifik.
Menurut laman web tersebut, pemilihan dibuat berdasarkan pengikut di platform media sosial serta selebriti yang cukup aktif berinteraksi dengan peminat-peminat mereka.
Selain itu, antara kriteria lain pula merangkumi selebriti yang mampu meningkatkan kesedaran serta menggunakan pengaruh mereka untuk membantu terutama sekali fokus kepada pandemik Covid-19.
Turut tersenarai selebriti dari beberapa buah negara Asia lain seperti dari India, China, Singapura, Thailand, Australia, Filipina, Indonesia dan China.