Pendidikan

Sk Intan Baiduri terima peralatan elektronik untuk pendidikan

Gajet pada masa kini boleh diibaratkan sebagai keperluan untuk setiap orang terutama buat golongan pelajar yang masih bersekolah atau di peringkat universiti bagi tujuan pembelajaran.

Sejak gelombang pandemik COVID-19 yang pertama, online class ataupun kelas secara maya telahpun dijalankan bagi menjamin kesihatan para pendidik dan pelajar.

Menurut Guru Besar SK Intan Baiduri, Norzita, beliau amatlah terharu dan bersyukur dengan inisiatif yang diambil oleh pengeluar mi segera jenama Ibumie, Spice & Seasonings Specialities Sdn. Bhd. atas sumbangan sejumlah besar barangan digital kepada Sekolah Kebangsaan Intan Baiduri memudahkan proses dalam talian tersebut.

Para pendidik pada masa kini juga perlu lebih cakna dan tahu menggunakan teknologi digital sebagai medium untuk menyalurkan ilmu pengetahuan dek kerana peredaran masa yang semakin pantas.

Sumbangan daripada Spice & Seasonings Specialities Sdn. Bhd. ini dapat membantu pendidik dalam usaha melengkapkan diri dengan penguasaan ilmu teknologi digital seperti e-learning dalam menyampaikan ilmu dengan lebih mudah.

SK Intan Baiduri telah menerima 20 unit komputer, dua unit interaktif tv serta empat unit projector daripada pihak Spice & Seasonings Specialities Sdn. Bhd. dalam melaksanakan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) syarikat mereka.

Dengan adanya kelengkapan digital yang lebih banyak, sistem pendidikan yang berasaskan medium alam maya dapat ditingkatkan menjadi lebih efisien dan efektif.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button