JenayahNasional

Cubaan PATI bolos sempadan negara gagal

LAGI terdapat pendatang asing tanpa izin (PATI) memandang rendah terhadap kawalan sempadan negara oleh pasukan keselamatan.

Natijahnya, mereka warga Indonesia seramai sembilan orang ditahan oleh pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pada pukul 2.20 pagi dan 8.15 pagi tadi dalam Operasi Benteng (Op Benteng).

Maklumat diterima oleh pasukan daripada Briged Ketujuh Infantri Malaysia (7 Briged) menerusi risikan Tentera Laut Diraja Malaysia TLDM yang membuat kawalan di perairan berhampiran Bandar Penawar di Pasir Gudang, Johor.

Pasukan TLDM dilapor memaklumkan terdapat pergerakan bot yang mencurigakan menghampiri kawasan persisiran pantai Ladang Sungai Tengah 1.

“Pada 2.20 Pagi, pasukan telah mengatur gerak Tim Quick Reaction Force (QRF) utuk mengesan dan mengepung kawasan berkenaan. Hasil serbuan yang dilakukan telah berjaya menahan 8 PATI.

“Pada jam 8.15 pagi, hasil penjejakkan di sekitar kawasan berkenaan telah berjaya menahan seorang lagi PATI yang sedang bersembunyi di hutan berampiran Ladang Sungai Tengah.

“Kesemua PATI yang ditahan merupakan Warga Negara Indonesia terdiri daripada 7 lelaki dan 2 perempuan berusia 24 hingga 45 tahun dipercayai baru tiba ke negara ini melalui jalan yang tidak sah.”

Demikian kenyataan dikeluarkan Markas Divisyen Ketiga Infantri Malaysia (3 Divisyen) mengenai penangkapan PATI itu hari ini.

Sehubungan itu, kenyataan itu turut memaklumkan tangkapan tersebut turut melibatkan rampasan pelbagai barangan termasuk wang tunai keseluruhan bernilai RM14,231.36.

Barangan yang dirampas seperti wang tunai matawang Malaysia RM1,123.85 dan matawang Indonesia 8,901,300 Rupiah (RM2,588.81), tujuh buah telefon bimbit, jam tangan dan barang kemas.

“Kesemua PATI ditahan dan dibawa ke Markas Taktikal Tanjung Sepang untuk menjalani pemeriksaan dan saringan COVID-19 sebelum diserahkan kepada pihak Jabatan Imigresen Malaysia.

“Laporan Polis telah dibuat di Balai Polis Bayu Damai.

“Pasukan meneruskan atur gerak Tim QRF dan Tim Drone dari Bahagian Staf Perisikan Pertahanan (BSPP) bagi menjejak kemungkinan saki baki PATI di sekitar kawasan tangkapan,” katanya. – SM

(Visited 526 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button