Negeri

Cadangan naikkan gaji ADUN, Exco Kelantan diluluskan sebulat suara

CADANGAN untuk menaikkan gaji Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan Exco Kelantan diluluskan sebulat suara di Dewan Undangan Negeri (DUN) yang bersidang hari ini.

Cadangan menaikkan gaji itu melibatkan Rang Undang-undang (RUU) Saraan Anggota Pentadbiran dan Ahli-ahli Dewan Negeri Pindaan 2020 yang diluluskan sebulan suara.

Ia telah dicadangkan oleh Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah sebagai suatu enakmen dengan tiga kali bacaan.

Mohd. Amar berkata, pindaan terbabit dikemukakan berikutan keadaan semakin mencabar dalam pelaksanaan tugas anggota pentadbiran dan ADUN kini.

Selain itu, beliau berkata, ia sebagai pelarasan elaun terbabit antara Kelantan dengan negeri lain.

“Tugas anggota pentadbiran dan ADUN kini semakin berat serta membawa harapan tinggi daripada rakyat, terutama ketika berdepan wabak Covid-19.

“Oleh itu kerajaan mencadangkan pindaan dibuat terhadap RUU berkenaan.

“Diharapkan pindaan ini akan mendorong anggota pentadbiran dan ahli Yang Berhormat untuk bekerja dengan lebih gigih serta membantu berkhidmat kepada orang ramai pada tahap maksimum,” katanya seperti yang dipetik dari laporan Berita Harian.

Beliau berkata demikian pada persidangan DUN Kelantan di Kompleks Kota Darulnaim, di sini, hari ini. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button