Mahkamah

PKPB dilanjutkan: 14 Dis sambung kes Najib 1MDB

MAHKAMAHTinggi Kuala Lumpur hari ni menetapkan 14 Disember ini sebagai tarikh untuk meneruskan perbicaraan 1MDB bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang terjejas akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Prosiding perbicaraan akan berjalan selama empat hari.

Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Akram Gharib berkata, tarikh itu dimaklumkan Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Tinggi, Farah Azura Mohd. Saad melalui e-mel.

“Perbicaraan dari esok hingga Khamis dikeluarkan dari senarai akibat lanjutan PKPB,” katanya kepada FMT dalam pesanan teks.

Pada 5 Oktober lalu, perbicaraan ditangguhkan ke 19 Oktober selepas bekas perdana menteri itu diarah menjalani kuarantin Covid-19 kerana berkempen untuk calon Barisan Nasional sempena Pilihan Raya Negeri di Sabah.

Kerajaan melaksanakan PKPB di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya mulai 14 Okt. hingga 27 Okt itu, sebelum melanjutkannya sehingga 9 November dan sekali lagi sehingga 6 Dis nanti.

Bekas ketua pegawai eksekutif 1MDB, Mohd Hazem Abdul Rahman ialah saksi pendakwaan ke-10 yang disoal balas pihak pembelaan sebelum perbicaraan ditangguhkan September lalu.

Najib berdepan 25 pertuduhan penyalahgunaan kuasa dan pengubahan wang membabitkan RM2.28 bilion dana 1MDB yang didakwa dimasukkan ke akaun AmBanknya pada Februari 2011 dan Disember 2014.

Perbicaraan di depan Hakim Collin Lawrence Sequerah bermula 28 Ogos 2019. – SM

(Visited 155 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button