Buka tudung, peminat doa Sarah Hildebrand kekal istiqamah
PELAKON, Sarah Hildebrand membuat ramai peminatnya tertanya-tanya selepas memuat naik gambarnya bersama suami, Otto Gillen tanpa memakai tudung.
Dalam status pendek yang disertakan bersama gambar tersebut, Sarah cuma meletakkan simbol hati bersama nama suaminya.
Mengintai ke Instagram suaminya, Otto seperti memberitahu yang dia sebagai suami mengormati apa sahaja keputusan isterinya.
“Saya menyokong penuh apa saya keputusan peribadinya. Ini sahaya satu-satu respon saya berkenaan isu ini. Jangan mesej saya,” katanya.
Ternyata rata-rata komen yang diberikan oleh peminat menyatakan rasa terkejut, namun ada juga yang menyokong tindakannya itu.
Ada yang meninggakan komen untuk menghormati tindakan yang diambil oleh Sarah berkenaan perjalanan hidupnya.
Namun, ramai juga yang berdoa supaya Sarah dapat kekal istiqamah dan tidak berputus asa dalam apa juga masalah yang dihadapan dalam kehidupan.
Bagaimanapun, belum ada kenyataan rasmi mengapa pilihan untuk membuka tudung itu dilakukan Sarah.
Sarah dan Otto mendirikan rumah tangga pada November 2019. Bagaimanapun, mereka belum dikurniakan cahaya mata.
Sarah mula berhijab sekitar tahun 2015 selepas melihat wanita-wanita Arab kelihatan sempurna bila mengenakan hijab di kepala. -SM