Rencah HidupUncategorized

PKPB: Restoran Pak John sediakan perkhimatan penghantaran steamboat

RESTORAN Pak John Steamboat dan cawangannya termasuk di IOI Mall, Putrajaya beroperasi seperti biasa sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), bermula 14 sehingga 27 Oktober ini.

Menurut Pengurus Operasi, Chong, waktu operasi Pak John Steamboat termasuk di eCurve, Damansara ialah dari pukul 11 pagi sehingga 10 malam.

“Bagaimanapun, dalam PKPB ini, kita perlu mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh kerajaan untuk pengusaha restoran.

“Jadi, bagi pelanggan kami, dihadkan hanya 50 orang sahaja dalam satu-satu masa dan hanya dua pelanggan sahaja setiap masa,” katanya kepada SUARA MERDEKA.

Selain daripada makan di Restoran Pak John Steamboat, kata Chong, turut disediakan perkhidmatan penghantaran makanan steamboat.

“Kaedah perkhidmatan penghantaran makanan steamboat dilakukan bagi menyahut seruan kementerian KPDNHEP yang menggalakkan orang ramai membuat pesanan secara dalam talian.

“Kaedah ini mudah sahaja di mana para pelanggan hanya perlu menghubungi kami untuk pertanyaan lanjut tentang menu yang disediakan,” katanya.

Beliau menegaskan, walaupun Pak John Steamboat beroperasi dengan membenarkan pelanggan makan di dalam restoran, SOP seperti menyediakan hand sanitizer, penyukat suhu, bar code berdaftar dengan MySejahtera dan penjarakan fizikal tidak diabaikan.

“Semua langkah menjaga keselamatan mengikut SOP yang ditetapkan oleh kerajaan adalah seperti berikut:

“Para pekerja kami memakai pelitup muka (face mask), kerap mencuci tangan, kerap memakai hand sanitizer, menggunakan sanitizer untuk semua permukaan yang mudah dipegang dan mengehadkan penjarakan sosial sekurang-kurangnya satu meter,” kata Chong.

Beliau berkata, penghantaran makanan steamboat boleh dilakukan dengan menghubungi:
Pak John IOI City Mall

📞012 9079969

📲www.wasap.my/60129079969

Pak John eCurve

📞012 2518289

📲www.wasap.my/60122518289

Operation

📞012 9022816

📲www.wasap.my/60129022816 – SM

(Visited 570 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button