Nasional

Pemergian Vui Keong, beberapa pemimpin zahir kesedihan

AHLI Parlimen Batu Sapi, Datuk Liew Vui Keong dari Parti Warisan Sabah (Warisan) Keong meninggal dunia hari ini.

Mendiang dilapor menghembuskan nafas terakhirnya kira-kira pukul 11.50 pagi tadi di Hospital Gleanegles di Kota Kinabalu Sabah.

Vui Keong, 60, sebelum ini dilapor dimasukkan ke hospital sejak kira-kira lima hari lepas akibat mengalami jangkitan pada paru-paru.

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu sebelum ini juga dilapor tidak kelihatan ketika kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah lalu.

Mendiang sebelum ini memulakan karier politik pada 1994 dengan menyertai Parti Demokratik Liberal (LDP) sehingga 2018.

Pada 2016, Vui Keong dikurniakan Pingat Gemilang Darjah Kinabalu (PGDK) oleh Yang Dipertua Negeri Sabah yang membawa gelaran Datuk.

Ketika itu, LDP merupakan sebahagian daripada gabungan Barisan Nasional (BN) dan pernah menjawat jawatan dalam kabinet selama tiga penggal.

Kemudian, beliau menyertai Warisan sejak 2018 hingga ke akhir hayatnya.

Beberapa pemimpin menerusi media sosial mengucapkan takziah kepada keluarga dan negara atas kehilangan seorang ahli politik berpengalaman.

“Seikhlas takziah kepada keluarga Datuk VK (Vui Keong) Liew. VK merupakan seorang yang rapat dengan saya.

“Beliau seorang yang profesional dan bersopan ketika berada dalam Parlimen dan juga seorang pejuang untuk negeri kelahirannya, Sabah. Berehatlah VK,” ciap Menteri Sains Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin.

“Saya berasa amat swedih dengan kehilangan seorang rakan, Datuk VK Liew, MP (Ahli Parlimen) Bat Sapi.

“Kali terakhir saya bertemu beliau ketika mengundi usul peruntukan bagi kementerian baharu pada 17 Ogos.

“Saya tak terfikir saat itu merupakan kali terakhir kami bertemu. Dewan Rakyat pasti akan merindui kehadiran mendiang,” ciap Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil.

“Sangat sedih dengan berita pemergian Datuk VK Liew. Beliau merupakan seorang Ahli Parlimen yang hebat dan selalu lakukan terbaik untuk penyokongnya di Batu Sapi, Sabah.

“Saya ucapkan takziah kepada keluarga dan mendoakan mereka tabah menjalani dugaan ini,” ciap Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button