fbpx
Ekonomi

Halo Telco suntik RM700 ribu bantu rakan niaga

HALO Telco meneruskan pelaburan besar untuk mengembangkan perniagaan telekomunikasinya dengan menyuntik dana RM700 ribu bagi pelaburan pada suku terakhir tahun ini.

Suntikan tersebut merupakan rangsangan insentif suku keempat dinamakan sebagai ‘Ayuh Bangkit’ bagi membantu rakan niaga mengimbangi impak pandemik.

Ia juga merupakan pelaburan bagi Halo Telco dalam mencapai sasaran sejuta pengguna menjelang penghujung tahun 2020.

“Saya dan pasukan hq (headquaters) dalam Halo Telco sentiasa terbuka menerima maklumbalas daripada orang ramai supaya kita dapat pastikan rakan niaga kita tidak terkesan dengan pandemic covid-19.

“Malah, kita memberikan bantuan tambahan kepada mereka dalam meringankan beban yang ditanggung oleh rakan niaga halo telco.


“Saya juga sentiasa mengingatkan rakan niaga halo telco supaya lebih kerap bertemu dengan pelbagai lapisan rakyat.

“Supaya dapat buat jualan simkad dengan baik – makin banyak buat jualan simkad, makin tinggi komisyen pendapatan pasif setiap bulan.”

Demikian kata Halo Telco hari ini dalam satu kenyataannya.

Terdahulu, Halo Telco labur lebih RM2 juta sejak awal tahun sebagai program pemulihan bagi rakan niaga mereka susulan penularan pandemik Koronavirus (Covid-19).

Nilai tersebut juga merupakan pelaburan Halo Telco bagi mengembangkan pemasarannya dalam penjualan simkad kepada pengguna bersasar.

Justeru, menjelang akhir tahun ini, syarikat telekomunikasi itu menawarkan pelbagai pakej kepada pengguna dan juga rakan niaga mereka.

Ini termasuklah tawaran pelbagai hadiah bagi memberi ruang kepada rakan niaga untuk meningkatkan nilai jualan mereka melalui aktiviti bersama pengguna.

“Suku keempat kali ini kita akan munculkan kembali hadiah satu hari satu telefon percuma.

“Cara nak menang mudah sahaja. Anda melanggan M6 UNL30 M10 Y120 di aplikasi Halo Go maka nama anda akan layak untuk dimasukkan dalam senarai cabutan bertuah satu hari satu telefon percuma

“Malah Halo Telco juga menawarkan hadiah pakej Umrah percuma bagi pelanggan M6, UNL30, M10 dan Y120 di aplikasi Halo Go dan kita akan buat cabutan berdasarkan langganan setiap bulan,” katanya.

Tambah kenyataan itu lagi, Halo Telco turut menyediakan tawaran menarik kepada rakan niaga yang mencapai jualan sasaran.

“Di Halo Telco kami sangat menghargai jasa jasa rakan niaga oku kita. Kita berikan RM1,000 setiap bulan bagi mereka yang capai target jualan simkad mereka.

“Saya ingin mengajak saudara dan saudari sekalian supaya bersama-sama dengan saya dan rakan-rakan dalam Helo Telco.

“Kita cuba sedaya upaya untuk membantu rakan niaga Halo Telco menghadapi detik yang sukar ini,” ujarnya.

Justeru, orang ramai yang berminat untuk menggunakan Halo Telco atau menjadi rakan niaga boleh hubungi wakil Helo Telco (klik). – SM

Show More

Mohamad Athir Ismail

Berpengalaman lapan tahun dalam bidang kewartawanan termasuk penerbitan majalah, surat khabar dan portal berita. Sebelum menyertai Suara Merdeka, beliau pernah berhidmat di pelbagai syarikat penerbitan. Berminat meneroka bidang kewartawanan untuk perniagaan.

Related Articles

Back to top button