Hiburan

Aliff Aziz dipenjara dua minggu

Pelakon dan penyanyi, Aliff Aziz dijatuhkan hukuman penjara dua minggu dan denda RM1,500 di atas kesalahan mencuri dan berkelakuan tidak senonoh di khalayak ramai pada tahun lalu.

Pada 7 Ogos lalu, Aliff mengaku bersalah di atas dua pertuduhan itu di Mahkamah Negara Singapura. Menurut kertas pertuduhan, Aliff didakwa mencuri wang S$300 (RM950) dan 1 juta rupiah (RM285) milik seorang pelakon dan ahli politik Indonesia.

Suami kepada penyanyi, Bella Astillah itu juga mengaku mencuri wang tunai berkenaan di atas alasan memerlukan wang.

Aliff juga memberitahu yang dia menggunakan wang tersebut untuk membeli makanan dan pengangkutan.

Menerusi pertuduhan kedua pula, Aliff didakwa berkelakuan tidak senonoh dengan menjerit dan menunjukkan isyarat tangan semasa berada di tempat awam.

Aliff bertindak demikian dalam keadaan mabuk kira-kira pukul 5.30 pagi di kawasan Orchard Road.

Walaupun diarahkan supaya bertenang dan meleraikan pergaduhan itu, Aliff yang nafasnya berbau arak, enggan memberikan kerjasama dan terus mencetuskan kekecohan

Terdahulu, nama penyanyi itu menjadi perhatian ramai tahun lalu kerana isu curang isterinya, Bella.

Pasangan itu kemudian bercerai pada 16 Mei, namun kembali rujuk dalam tempoh edah.

Ini bukan kali pertama Aliff dikenakan tindakan undang-undang dengan kali pertama ialah pada 2014.

Aliff ketika itu dikenakan denda berjumlah RM6000 selepas didapati bersalah kerana mencuri dua buah telefon bimbit. -SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button