Politik

Najib nasihat, kejayaan adalah dengan restu rakyat

PARA pemimpin politik dan wakil rakyat wajar mengambil iktibar tidak menganggap diri satu kelas lebih tinggi sebagai pemimpin masyarakat.

Selagi mana individu menjadi pemimpin masyarakat, Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) harus ingat mereka adalah dipilih rakyat.

“Asas perjuangan yang sama menyatukan kita sehingga dinaikkan ke pentas.

“Pentas kita ini dibina umat dan rakyat, untuk rakyat dan hanya RAKYAT. Titik peluh dan darah mereka.

“Pentas yang kita berdiri bukan kita buat, bukan untuk kita semata-mata.

BACA > Masjid Pekan Dengkil dirobohkan – Suara Merdeka

“Kita berdiri di pentas atas restu rakyat.”

Demikian nasihat bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, hari ini dalam Facebooknya.

Menurut Ahli Parlimen Pekan itu, pemimpin masyarakat juga perlu berpegang teguh kepada perjuangan parti ketika dipilih sebagai wakil rakyat.

Ini bermakna, tidak wajar bagi mereka yang menukar haluan apabila diuji dengan kehilangan jawatan dan sebagainya apabila tidak lagi menjadi kerajaan.

“Bila dijulang, ke mana kita?

“Bila diuji, adakah kita berubah? Berhenti?

BACA > Polis masih siasat Khairuddin – Dr. Noor Hisham – Suara Merdeka

“Selangkah demi selangkah yang kita ambil.

“Kita dinilai setiap masa oleh mereka yang merestui kita.

“Di sebalik kesemua ini, tiada pengajaran yang lebih berharga,” luahnya mengingatkan semua pemimpin supaya mengutamakan rakyat.

https://www.facebook.com/najibrazak/photos/a.294787430951/10157301066110952/?type=3&theater

Dalam pada itu, beliau juga dilihat seperti menyindir pihak tertentu yang dahulu pernah menganggapnya sebagai kawan.

Namun, apabila tidak lagi menjadi Perdana Menteri, mereka membuat haluan sendiri malah mengkritik beliau secara terbuka.

“Kawan ketawa mudah dicari. Tetapi kawan menangis susah dicari.

BACA > Menteri baharu DNA lama, perangai lama, tabiat sama – Suara Merdeka

“Yang tinggal, hanya sahabat seperjuangan sejati.

“Yang kekal, niat dan keikhlasan kita berdiri sama tinggi duduk sama rendah dengan rakyat. Kerana mereka segalanya,” ujarnya. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button