Muhyiddin balas surat, sudi sertai Muafakat Nasional
Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) sudah membalas surat jemputan untuk menyertai Muafakat Nasional yang dianggotai UMNO dan Pas.
Setiausaha Agung Pas Datuk Takiyuddin Hassan berkata, Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Mohd. Yassin menyatakan kesudian parti itu menyertai Muafakat Nasional (MN).
“Bagaimanapun, pihak kami belum sempat mengadakan persidangan dan mungkin mesyuarat bersama ketiga-tiga parti akan diadakan dalam masa terdekat.
“Maka dengan ini, Muafakat Nasional menghulurkan jemputan tersebut kepada YAB Tan Sri bagi merealisasi harapan kami di Muafakat Nasional,” menurut surat tersebut.
Ahli Parlimen Bagan Datuk itu berkata, hasrat Bersatu itu akan dibincangkan bersama dengan PAS untuk diperhalusi.
“Pas yakin gandingan UMNO, Pas dan Bersatu bukan sahaja akan mewujudkan suatu gagasan besar ‘Melayu Raya’ sebaliknya juga memperkasakan struktur masyarakat Malaysia yang merupakan sebuah negara majmuk berbilang bangsa, agama dan budaya,” katanya dalam satu kenyataan sebelum ini.-SM
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!