Politik

Surat sokongan: Walaupun setuju, Ismail Sabri tidak melantik

Menteri Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tidak melantik anak timbalannya sebagai ahli lembaga pengarah Pharmaniaga walaupun menulis ‘setuju’ pada surat sokongan.

Ismail Sabri berkata, beliau tidak melantik anak Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz ke jawatan yang diminta kerana bimbang berlakunya amalan nepotisme.

“Ya, saya memberikan sokongan saya. Dia (Hazlan) adalah seorang peniaga, jadi pengalamannya bermanfaat. Dari segi politik, dia juga anggota exco Pemuda UMNO.

“Ya (saya setuju ini mungkin nepotisme). Inilah sebabnya mengapa saya tidak melantiknya,” kata Ismail Sabri sepeti yang dilaporkan oleh Malaysiakini.

Sebelum ini tular surat Ikmal Hisham yang meminta sokongan kepada Ismail Sabri agar anaknya Ikmal Hazlan dilantik sebagai ahli lembaga pengarah Pharmaniaga.

Ismail Sabri mengesahkan kesahihan surat berkenaan serta mengesahkan tulisan tangannya yang mengatakan “Saya setuju” pada surat tersebut adalah milik beliau.

Banyak pihak mengecam surat sokongan tersebut yang dianggap sebagai menyalahi etika dan mengalakkan amalan nepotisme dalam syarikat-syarikat berkaitan kerajaan.

Boustead Holdings. merupakan pemegang saham utama Pharmaniaga manakala Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) di bawah Kementerian Pertahanan merupakan memegang saham majoriti di Boustead dan juga sebahagian saham dalam Pharmaniaga.

Pharmaniaga mempunyai beberapa kekosongan jawatan dalam lembaga pengarahnya berikutan persaraan tiga ahlinya baru-baru ini, sebelum mesyuarat agung tahunan syarikat berkenaan pada 20 Julai.

Syarikat itu kemudian melantik tiga anggota baru, seperti yang diumumkan kepada Bursa Malaysia pada 3 Ogos.  Mereka adalah Azhar Ahmad, Najmil Faiz Mohamed Aris dan Zulkifli Jafar.-SM

 

(Visited 882 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button