Politik
Trending

Gambar KJ: Netizen tempelak FB penyokong Tun Mahathir

PENGGUNA media sosial Facebook menempelak tindakan Facebook penyokong bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad mengenai gambar Khairy Jamaluddin (KJ).

Gambar kelibat Ahli Parlimen Rembau yang dikenali sebagai KJ itu sebelum ini ditularkan Facebook Che Det Supporters.

KJ dikatakan hadir kempen Dr. Mahathir sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Slim bagi parti baharunya iaitu Pejuang di Slim River, Perak baru-baru ini.

Namun, rata-rata netizen menafikan gambar tersebut sebagai KJ kerana mereka lebih mengenali susuk tubuh bekas Ketua Pemuda UMNO itu.

Ia dimulakan pengguna Madi Azmadi semalam yang membuat perbandingan gambar daripada Facebook berkenaan dengan gambar yang dimuat naik Timbalan Ketua Bahagian UMNO Putrajaya, Tun Faisal Ismail Aziz.

BACA > Di Tawau pun ada Jalur Gemilang diterbalik – Suara Merdeka

“Gambar kiri, individu yg dikatakan KJ dalam majlis pengumuman calon parti Tun M utk PRK Slim.

“Kanan, KJ sebenar dengan rambut yang lebih pendek. Gambar dari FB post Tun Faisal Ismail Aziz dua hari lepas.”

Demikian kata Madi mengulas gambar mirip KJ yang tular dalam media sosial sejak kelmarin.

Berdasarkan perbandingan itu, dia mendakwa Facebook Che Det Supporters sebagai menipu walaupun Pejuang sebagai parti yang baharu ditubuhkan.

“Parti belum berdaftar, tapi dah mula tipu orang,” tempelaknya.

Sementara itu, netizen yang memberi komen dalam status Madi turut menjelaskan perbezaan susuk tubuh KJ berbanding dengan gambar yang tular itu.

“Kulit pun sudah nampak beza..sengaja hendak porak peranda UMNO,” komen Nazirul Nazmi.

BACA > Ali Hamsa yang arah ubah, bukan Najib – Suara Merdeka

“Lain sangat. Bukan saja rambut, tinggi pun tak sama,” kata Amir Hisyam.

Status tersebut turut mendapat perhatian Tun Faisal dan juga penganalisis politik Ab Jalil Backer.

https://www.facebook.com/azmadi/posts/10223477732069658

“Macam-macam fitnah akhir zaman ini. Kalau awal-awal lagi sudah menipu rakyat, sampai bila-bilalah mereka ini akan menipu rakyat,” tempelak Tun Faisal.

“Hanya tuan badan yang boleh menafikan,” komen Ab Jalil Backer.

Sementara itu, portal Sinar Harian semalam melaporkan Exco Pergerakan Pemuda UMNO, Armand Azha Abu Hanifah menafikan kehadiran KJ di Slim malam semalam.

Beliau mengatakan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi itu berada di Parlimen ketika majlis itu berlangsung.

Turut menafikan Ibdilillah Ishak yang juga merupakan Exco Pergerakan Pemuda UMNO apabila meminta Setiausaha Politik kepada Dr. Mahathir supaya mengambil tindakan.

BACA > Pas tak kedekut, tak tamak meminta – Tuan Ibrahim – Suara Merdeka

Menurutnya, tindakan Facebook Che Det Supporters itu memalukan pada hari pertama kempen parti baharu itu di PRK Slim. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button