Aisha tak pernah ada IG – Fasha Sandha
SUDAH menjadi kelaziman buat para selebriti yang baru melahirkan anak, pasti akan diwujudkan sebuah akaun Instagram khas buat anak mereka.
Namun, berbeza pula dengan bayi kelahiran Fasha Sandha hasil perkahwinannya dengan suami yang juga seorang pelakon Aidil Aziz.
Bayi yang diberi nama Aisha Amaira dikesan telah mempunyai akaun Instagram namun Fasha sendiri menafikan perkara tersebut.
Menurut Fasha, dia sendiri terkejut kerana ramai yang telah membuatkan akaun Instagram menggunakan muka dan nama anaknya.
“Saya tak pernah buat akaun Instagram untuk mana-mana anak sekalipun sebab ayah mereka tidak izinkan.
“Jadi, gambar anak-anak semua dalam Instagram saya sahaja,” katanya.
BACA> Kontroversi buli: Seolhyun AOA teruskan penggambaran drama
Selain itu, Fasha menerusi akaun Instagram miliknya turut memberitahu bahawa pengikutnya kini sudah mencecah angka 5 juta.
Fasha turut membuat titipan khas buat bayi kelahiranya itu.
“Aisha adalah anak ke lima ibu dan ayah tau, lagi dua anak ibu ayah dah dalam syurga Allah.
BACA> Achey syukur rumah impian siap walau banyak rintangan
“Ibu pernah dua kali keguguran sebelum dapat Aisha. Tapi ibu dan ayah Aisha kuat, tak pernah putus asa dan tak putus doa. Al Fatihah untuk kakak dan abang Aisha di syurga,” katanya. -SM