Politik

Bukit Melaka: Apakah MCA geli dengan nama Melayu? – Isma

TINDAKAN MCA Kota Melaka mahu nama Bukit St. Paul dipertahankan daripada ditukar kepada Bukit Melaka dilihat seperti anti-Melayu.

Hal demikian ekoran bantahan yang dinyatakan oleh parti komponen Barisan Nasional (BN) itu terhadap cadangan Perbadanan Muzium Melaka (Perzim).

Oleh demikian, tindakan MCA dilihat sebagai cubaan untuk menafikan nama yang pernah digunakan dalam Kesultanan Melayu Melaka.

“Nampaknya MCA masih lagi berkeras mahu membantah usul yang dibuat oleh Perzim untuk menukar nama Bukit St. Paul kepada nama asal ketika zaman Kesultanan Melayu Melaka iaitu Bukit Melaka.

“Mereka sudah kali mengeluarkan kenyataan di media dalam isu ini seolah-olah terlalu bersungguh-sungguh membantahnya.

BACA > 8 jam Guan Eng di SPRM hari ini – Suara Merdeka

“Melihat kepada hujah-hujah mereka juga, apakah mereka cuba menafikan sejarah zaman kesultanan Melayu Melaka?

“Mereka berhujah kononnya mahu ‘mempertahankan’ sejarah.

“Tetapi ironinya mereka sedang menafikan hak badan berautoriti dalam bidang sejarah tempatan iaitu perbadanan muzium itu sendiri.

“Apa sebenarnya motif MCA?”

MCA
AMINUDDIN YAHAYA

Demikian persoalan dibangkitkan Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Aminuddin Yahaya menerusi satu kenyataan dalam Facebooknya hari ini mempertikai bantahan daripada MCA terhadap Bukit Melaka.

Terdahulu, Suara Merdeka memetik laporan Melaka Hari Ini bahawa Perzim mahu menukar nama Bukit St. Paul kerana mahu mempromosikan nilai sejarah Kesultanan Melayu Melaka.

BACA > Hagia Sophia : Apa yang dunia Arab lihat? – Suara Merdeka

Menurut mereka, penggunaan nama Bukit St. Paul seolah-olah mempromosikan nama gereka berbanding sejarah Melaka yang lebih panjang daripada penjajah.

Justeru, menurut Pengurus Besarnya, Mohd. Nasruddin Rahman, cadangan tersebut akan dibawa ke peringkat Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

Kemudian akan dibawa ke Majlis Kerajaan Negeri (MMKN) untuk diluluskan.

https://www.facebook.com/hjaminuddinyahaya/posts/4150477611691117

Justeru, beliau juga berharap cadangan tersebut dapat diteruskan dan kerajaan negeri tidak tunduk terhadap desakan sedemikian.

“Kita harap agar kerajaan negeri Melaka tidak tunduk pada desakan ini dan bertegas untuk menukar nama.

“Kerana kita juga yakin bahawa apa yang dibawa oleh MCA tidak mewakili rakyat Melaka mahupun rakyat Malaysia pun.

“Ini adalah satu ujian kepada kerajaan Melaka yang baru dibentuk,” jelasnya.

BACA > Jangan sesuka hati hentam keputusan Pavithra – Suara Merdeka

Dalam pada itu, beliau juga menempelak sikap MCA terhadap pertukaran nama itu sebagai tidak patut.

Malah, Aminuddin dalam kenyataan sama turut melabel MCA sebagai pengemis undi Melayu.

“Menukar nama-nama tempat yang pernah diubah oleh penjajah kepada nama asal bukanlah sesuatu yang baharu. Apakah MCA ‘geli’ dengan nama Melayu?

“Atau apakah MCA rasa ini satu isu perkauman?

MCA
RONALD GAN

“Kamu jangan melampau, kerana parti kamu boleh ‘hidup’ sampai sekarang hanya kerana mengemis ihsan undi orang Melayu melalui BN.

“Jangan kamu rasa kamu ‘kebal’ kerana kamu berada dalam Perikatan Nasional.

“Rakyat terutamanya orang Melayu yang kamu mengemis undi itu sedang memerhati kamu.

“Jangan rasa selesa sampai jadi besar kepala sebagaimana DAP besar kepala dulu, kerana ada padahnya bakal menanti,” tegasnya.

Terdahulu, Naib Pengerusi MCA Kota Melaka, Datuk Ronald Gan dilaporkan membantah perubahan nama daripada Bukit St. Paul kepada Bukit Melaka.

BACA > Tukar nama Bukit St. Paul kepada Bukit Melaka — Suara Merdeka

Menurutnya, pertukaran tersebut dikhuatiri mengabaikan pengiktirafan Bandaraya Warisan Dunia Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unesco). – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button