Jenayah

8 jam Guan Eng di SPRM hari ini

Jika semalam hampir lapan jam bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berada di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), hari ini beliau sekali lagi memperuntukan masa 8 jam di sana.

Guan Eng tiba pada pukul 10.40 pagi dan dilihat keluar meninggalkan bangunan yang terletak di Putrajaya itu kira-kira pukul 7 malam.

Setiausaha Agung DAP itu ditemani peguamnya RSN Rayer yang juga Ahli Parlimen Jelutong.

Ini kali ketiga Lim Guan Eng memberi keterangan berhubung siasatan projek pembinaan terowong dasar laut yang bernilai RM6.3 bilion.

Pemimpin Majlis Pakatan Harapan itu bagaimanapun masih enggan memberi sebarang komen kepada media yang menunggu beliau sejak pagi di lobi utama ibu pejabat SPRM.-SM

(Visited 158 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button