Politik
Trending

Giliran Suhakam pula kecam Abdul Azeez

RAMAI pihak dilihat terus menyatakan rasa tidak puas hati ucapan Ahli Parlimen Baling, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim mengenai isu ‘gelap tak nampak’.

Isu tersebut terus dimain pihak yang dilihat tidak ‘sebulu’ dengan kerajaan apabila elemen berkaitan hak asasi manusia juga dikaitkan.

Ini kerana menurut mereka, tindakan wakil rakyat Barisan Nasional itu dikatakan mencabuli dan mempersenda hak asasi seperti perkauman dan seksis.

Justeru hal itu terus diperkatakan meskipun ia sudah pun hampir dua minggu berlalu.

Hal demikian kerana tindakan mengeluarkan kenyataan sedemikian dikatakan tidak sepatutnya keluar daripada mulut seorang pemimpin rakyat.

BACA > Sekolah rendah wajar ditutup semula — Suara Merdeka

“Walaupun kebebasan bersuara merupakan hak asasi manusia, ia datang dengan tanggungjawab.

“Sesiapapun tidak boleh mencabuli hak ini dengan menggunakannya untuk mempersenda, memberi gangguan mental dan/atau menimbulkan kacau ganggu awam.

“Sebarang ungkapan yang menjatuhkan maruah seseorang merupakan pancabulan hak asasi yang nyata.”

Demikian kenyataan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) dipetik laporan portal Malaysiakini hari ini.

Minggu lepas, dalam Dewan Rakyat, Abdul Azeez dilihat mencelah ketika Ahli Parlimen Batu Kawan, Kasthuri Patto bangkit mempersoalkan pelantikan Ahli Jawatankuasa Pemilih bagi Penggal Parlimen ke-14.

Ketika mencelah, Azeez menyebut ‘gelap tak nampak’ disusuli kecaman daripada Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer yang menyatakan ia sebagai rasis.

BACA > Kit Siang akui PH lakukan kesilapan selama 22 bulan jadi kerajaan — Suara Merdeka

Azeez kemudian membalas tidak timbul isu warna kulit sambil menyatakan warna kulitnya pun gelap.

Bekas Pengerusi Tabung Haji itu bagaimanapun meminta maaf atas ucapan tersebut selepas dewan kecoh seketika akibat ungkapan ‘gelap tak nampak’.

Suhakam bagaimanapun menyeru Ahli Parlimen supaya menonjolkan nilai kesopanan dan lebih bertanggungjawab sebagai wakil rakyat.

“Suhakam menyeru ahli-ahli parlimen untuk lebih menyedari akan tanggungjawab dalam melaksanakan tugas mereka.

“Penting bagi pemimpin-pemimpin negara untuk menunjukkan contoh yang baik dan mempraktikkan kesopanan, rasa hormat dan rendah hati dalam interaksi mereka di parlimen,” katanya.

Dalam pada itu, beliau juga mengingatkan tentang pindaan Perlembagaan Persekutuan pada 2001 berkaitan isu diskriminasi dalam gender.

“Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan dipinda pada 2001 bagi memasukkan gender sebagai hal yang dilindungi daripada diskriminasi.

BACA > ‘Gelap’ gamatkan sidang Dewan Rakyat — Suara Merdeka

“Suhakam berharap kerajaan dan wakil yang dipilih mempunyai kemahuan politik untuk memimpin negara ke arah membasmi diskriminasi gender dan perkauman bagi menuju transformasi demokrasi pada setiap peringkat.

“Kami sentiasa bersedia untuk memainkan peranannya dan menyokong proses ini,” ujarnya. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button