Luar Negara

Kelahiran bayi pra matang turun mendadak

SITUASI yang disifatkan pelik berlaku apabila terdapat laporan mengatakan kelahiran bayi pra matang berkurangan ketika perintah berkurung akibat pandemik Koronavirus (Covid-19).

Perkara itu dilaporkan kebanyakan doktor di beberapa hospital melibatkan negara seperti Denmark, Ireland, Belanda, Kanada, Amerika Syarikat (AS) dan Australia.

Pengurangan kes dikesan bermula di Ireland dan Denmar apabila sekumpulan doktor di sana mengenalpasti penurunan kes kelahiran bayi pra matang terutama melibatkan kes paling berbahaya.

Kemudian, laporan tersebut dikongsikan dengan pengamal perubatan di negara lain dan mendapati situasi sama turut berlaku.

Mereka tidak dapat menjelaskan faktor penurunan kes, namun mengakui ia dipengaruhi oleh perintah berkurung akibat pandemik.

BACA > Pelbagai pihak terus gesa moratorium dilanjutkan — Suara Merdeka

Bagaimanapun, kajian lanjut akan dilakukan bagi membantu doktor dan ibu mengandung bagi memahami faktor kelahiran bayi pra matan serta kaedah pencegahannya.

Menurut laporan Channel News Asia (CNA) yang memetik artikel New York Times, kajian terhadap pemerhatian itu masih belum dibuat perbandingan secara rasmi.

Pakar Perubatan Nenonatal, Hospital Materniti Limerick di Ireland, Dr. Roy Philip mengesan sesuatu yang disifatkan ganjil apabila kembali bekerja pada hujung Mac.

Katanya, sebelum itu dia bercuti ke luar negara sebelum pelaksanaan perintah berkurung di Ireland dilaksanakan pada 12 Mac.

Namun, apabila kembali bekerja, beliau bertanya kepada kakitangan hospital berkenaan permintaan susu ibu bagi keperluan bayi dalam hospital.

Oleh demikian, jawapan mengejutkan diterimanya apabila kakitangan memaklumkan tiada kelahiran bayi pra matang sepanjang bulan Mac.

Keadaan itu menimbulkan tanda tanya pada beliau dan rakan sejawatnya lalu meminta untuk melihat rekod kelahiran bayi di hospital mereka bagi Januari hingga April setiap tahun bermula 2001.

BACA > Amaran Tok Mat kepada Utusan: Lakukan kerja kewartawanan tulen — Suara Merdeka

“Pada awalnya, saya sangkakan pasti ada kesilapan dalam laporan statistik itu,” katanya.

Dalam dua dekat kebelakangan, bayi yang lahir dengan berat kurang daripada 1.5 kilogram (kg) adalah pada kadar lapan bagi setiap 1,000 kelahiran di hospital itu.

Hospital Materniti Limerick menyediakan perkhidmatan rawatan perubatan kepada 473,000 penduduk di sebuah wilayah di Ireland.

Namun penurunan tersebut signifikan kerana jarang berlaku dan beberapa pakar menyarankan satu kajian dan siasatan lanjut wajar dilakukan.

“Keputusan pemerhatian (penurunan kelahiran bayi pra matang) adalah menarik.”

Demikian kata Pakar Obestetrik dari Pusat Pengajian Perubatan, Universiti Emory, Atlanta.

Mengikut kajian sebelum ini, kadar kelahiran bayi berkenaan di Amerika Syarikat adalah satu dalam 10 orang.

Bayi normal lahir selepas 37 adalah normal, lazimnya proses kehamilan berlaku sehingga 40 minggu.

Sementara bayi yang lahir kurang 37 minggu di anggap pra matang.

Sementara di Copenhagen, Denmark, pakar dari Institut Serum Statens, Dr. Michael Christiansen dan rakannya pula memaklumkan kes kelahiran bayi sebelum usia kandungan 28 minggu turun sehingga 90 peratus.

BACA > PM kata ekonomi sudah kembali rancak — Suara Merdeka

Laporan yang sama juga diberikan Pakar Perubatan Neonatal di Universiti Calgary di Alberta, Kanada memaklumkan kelahiran bayi pra matang di sana menurun hampir separuh ketika perintah berkurung dilaksanakan.

Situasi sama turut berlaku di Pusat Perubatan Erasmus di Rotterdam, Belanda apabila Pakar Perubatan Neonatal, Dr. Irwin Reiss turut melaporkan penurunan kelahiran bayi pra matang di negaranya.

Bagaimanapun, jumlah penurunan tidak ketara berbanding di Denmark, Ireland dan AS.

Begitu juga berlaku di Hospital Mercy for Women di Melbourne, Australia turut mencatatkan penurunan kelahiran bayi pra matang.

Pengarah Perubatan Pediatriknya, Dr. Dan Casalaz kini sedang menjalankan kajian bagi mengenalpasti punca kepada penurunan tersebut.

Beberapa pakar perubatan terlibat turut mengeluarkan kesimpulan awal penurunan kelahiran bayi pra matang yang berlaku di kebanyakan negara.

Menurut mereka, ia mungkin dipengaruhi waktu rehat yang lama, kurang tekanan di tempat kerja, tidur berkualiti dan sokongan keluarga.

Wanita hamil yang duduk di rumah juga kurang berisiko untuk mendapat jangkitan bukan sahaja Covid-19 tetapi penyakit lain seperti virus influenza.

BACA > Pakej Rangsangan Ekonomi selamatkan 2.75 juta pekerjaan — Suara Merdeka

Kurang terdedah kepada pencemaran juga dilihat berkaitan dengan penurunan kes kelahiran bayi pra matang.

Risiko akibat kelahiran bayi pra matang adalah tinggi apabila anak tersebut berisiko mengalami kecacatan seperti masalah pendengaran dan penglihatan, cerebral palsy dan kematian. – SM

 

 

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button