Nasional

30 lif baru buat penduduk Perumahan Awam Seri Kota, Seri Sabah

PENDUDUK di Perumahan Awam Seri Kota dan Seri Sabah bakal mendapat lif baharu selepas tawaran kerja penggantian lif itu dilakukan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) pada 15 Julai lalu.

Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, Datuk Kamarudin Jaffar berkata, kerja-kerja penggantian lif itu akan melibatkan 12 unit lif di Perumaham Awam Seri Kota dan 18 unit lif di Seri Sabah.

“Saya telah melakukan tinjauan keadaan lif di Perumabahan Awam Seri Kota pada 26 Jun yang lalu.

“Lif tersebut memang sudah dibaiki sebelum ini dan tetapi kembali rosak dan perkara itu berlarutan hingga kini.

BACA> Mural gergasi Agong, pemimpin diconteng, ditulis perkataan keji

“Saya juga telah berhubung dengan pihak DBKL supaya masalah ini dapat diselesaikan segera memandangkan kemudahan itu sangat diperlukan golongan warga emas, orang kelainan upaya (OKU) dan kanak-kanak,” katanya kepada Suara Merdeka hari ini.

Kamarudin yang juga Timbalan Menteri Luar Negeri berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai keluhan kedua-dua penduduk di rumah itu berkenaan dengan kerosakan lif yang sering berlaku.

Menurut Kamarudin, dia berharap supaya kerja-kerja penggantian lif ini akan dapat dilakukan dengan lancar dan secepat mungkin bagi memberikan keselesaan kepada penduduk.

“Antara punca yang mengakibatkan kerosakan lif adalah seperti menahan pintu lif dalam jangka masa yang panjang, membawa muatan melebihi kapasiti yang dibenarkan dan vandalisme,” katanya.

BACA> UEC: Buang masa tubuh jawatankuasa – Eddin

Tambahnya, dia juga berharap dan meminta supaya semua penduduk dapat bersama-bersama menjaga kemudahan awam yang disediakan kerajaan.-SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button