Nasional

Lelaki maut, besi pembahagi jalan tersodok ke dalam Myvi

SEORANG lelaki selepas kereta jenis Perodua Myvi yang dipandunya terbabas sebelum tersodok besi pembahagi jalan.

Difahamkan, impak kuat kemalangan tersebut telah mengakibatkan besi tersebut menembusi kereta dan menyebabkan mangsa tersepit.

Komander Operasi, K. Mohan Koothan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 2.39 pagi tadi.

myvi
Gambar ihsan Bomba KL

“Sebanyak 13 orang anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Hang Tuah telah dikerah ke lokasi kejadian.

“Pemandu kenderaan didapati tersepit dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh petugas kesihatan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

myvi
Gambar ihsan Bomba KL

Tambahnya, mangsa telah diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut dan operasi selesai kira-kira pukul 3.20 pagi. -SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button