fbpx
NasionalPendidikan

UEC: Buang masa tubuh jawatankuasa – Eddin

PENUBUHAN jawatankuasa khas Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) disifatkan sebagai tindakan buang masa jika pihak berkepentingan tidak serius menghadapi isu-isu berkaitan yang rumit.

Hal demikian kerana, semua pihak dilihat masih tidak dapat menghadapi isu yang timbul berkaitan UEC secara rasional.

Justeru, laporan kajian yang dibuat jawatankuasa khas itu tidak akan dihantar kepada kerajaan dan penubuhannya juga disifatkan tidak perlu selagi semua pihak masih mempertikaikan pengikitrafan sijil peperiksaan tersebut.

“Sekiranya ada orang yang mengambil pendekatan dua standard yakni cakap lain bikin lain.

“Ia adalah untuk mewujudkan masalah dan tidak melihat makna dan kerumitan yang dibawa isu UEC.”


BACA > KKMM semak status, akreditasi Al Jazeera — Suara Merdeka

Pengerusi jawatankuasa khas itu, Eddin Khoo berkata demikian dan menyatakan laporan kajian tersebut sedia untuk dihantar jika isu pengiktirafan kepada UEC sedia diterima secara rasional.

Tambahnya, memetik laporan portal MalaysiaGazette, beliau tidak berminat dengan polemik politik yang timbul akibat pertikaian mengenai UEC.

Terdahulu Pejabat Perdana Menteri, mengeluarkan kenyataan mengenai pemberian ‘pengiktirafan sebahagian’ terhadap sistem pendidikan asing itu.

Bagaimanapun, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam satu kenyataan lain menafikan beliau memberi pengiktirafan kepada UEC.

UEC
EDDIN KHOO

Tindakan tersebut juga turut mendapat perhatian Parti Bumiputera Perkasa yang menyatakan pengiktirafan tersebut bertentangan Sistem Pendidikan Kebangsaan.

Malah katanya lagi, pengiktirafan itu turut bertentangan dengan Akta Pendidikan 1996.

BACA > Iktiraf UEC: Huazong setuju dengan Perdana Menteri — Suara Merdeka

Tambah Eddin, beliau menghabiskan banyak masa dan tenaga mengumpulkan maklumat berkaitan, namun terganggu dengan pihak yang mahu mengambil kesempatan.

“Saya tidak mahu membuktikan apa-apa, ini bukan satu isu dan bukan perkara yang ingin dilakukan jawatankuasa.

“Kalau macam itu, tak perlu tubuhkan jawatankuasa. Ini langsung tidak menghormati kerja kami.

“Saya berasa amat benci dengan budaya seperti ini,” ujarnya.

Dalam pada itu, beliau mengkritik pendedahan kandungan dialog antara jawatankuasa dengan pihak berkenaan dan melihatnya sebagai tidak patut berlaku.

Katanya, tugas jawatankuasa hanyalah untuk melihat kerumitan isu berkaitan UEC yang timbul, bukannya memastikan sijil peperiksaan itu patut diiktiraf ataupun tidak.

Sebelum ini, Eddin juga mempengerusikan Pasukan Petugas Dasar UEC bagi mengkaji dan mencadangkan hala tujunya.

BACA > PM digesa tarik balik ‘pengiktirafan sebahagian’ UEC — Suara Merdeka

Laporan tersebut sepatutnya dikemukakan kepada Kementerian Pendidikan bagi tindakan lanjut. – SM

Show More

Mohamad Athir Ismail

Penulis merupakan antara wartawan Utusan Malaysia dan Utusan Online yang terakhir berkhidmat sebelum Utusan Melayu (M) Berhad ditutup.

Related Articles

Back to top button