Luar Negara

Letupan bom di Pattani: seorang renjer maut, seorang cedera

Bob buatan sendiri diaktifkan dengan walkie-talkie

PERGOLAKAN di Selatan Thailand terus berlarutan. Seorang renjer maut manakala seorang lagi cedera parah dalam satu letupan bom di Daerah Mae Lan di wilayah Pattani.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 7.45 pagi (waktu tempatan) semalam apabila sebutir bom buatan sendiri, tiba-tiba meletup ketika enam anggota renjer sedang menjalankan rondaan berhampiran sebuah sekolah di Kampung Lapho.

Memetik laporan BERNAMA hari ini, Ketua Polis Daerah Mae Lan, Kolonel Amlong Suwalak memberitahu, bom buatan sendiri seberat 15 kilogram itu diletakkan di tepi jalan dan diaktifkan dengan menggunakan walkie-talkie.

“Letupan itu menyebabkan dua daripada enam renjer cedera dan seorang daripadanya meninggal dunia di hospital Mae Lan,” katanya.

Beliau berkata, mangsa yang cedera berada dalam keadaan stabil dan sedang dirawat di Hospital Pattani.

Pihak berkuasa sedang menjejaki dalang serangan itu, katanya. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button