Kluster Bachchan: Aishwarya Rai pula positif Covid-19
SELEPAS bintang tersohor Bollywood, Amitabh Bachchan, 77, disahkan positif dijangkiti Covid-19, kini menantunya pula Aishwarya Rai pula positif wabak tersebut.
Bekas ratu cantik dunia itu disahkan positif sehari selepas Bachchan dan suami Aishwarya, Abhishek Bachchan,44, dijangkiti Covid-19.
Kedua-dua mereka dimasukkan ke Hospital Super Speciality Nanavati, Mumbai selepas ujian pengesahan COVID-19 mendapati dua beranak itu positif jangkitan itu.
Menteri Kesihatan Maharastra, Rajesh Tope di Twitternya mengesahkan Aishwarya dan anak perempuannya yang berusia lapan tahun disahkan positif.
Setakat ini belum ada sebarang maklumat yang menyatakan mereka dimasukkan di hospital atau sebaliknya.
Terdahulu, Bachchan dalam Twitternya memberitahu yang dia kini berada di hospital untuk dirawat ekoran terkena Covid-19.
Selang 44 minit kemudian, anaknya, Abhishek, 44, memaklumkan menerusi Twitter bahawa dia turut dijangkiti virus berbahaya itu.
Katanya lagi, pihak berkaitan sudah dimaklumkan mengenai perkembangan ini dan menurut Bachchan, keluarga rapat turut diminta menjalani saringan. -SM