Uncategorized

Jangan terpedaya sindiket penipuan guna logo LHDN

Orang ramai dinasihatkan supaya tidak terpedaya dengan sindiket penipuan yang mengarahkan mangsa membuat bayaran tertunggak Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) melalui surat palsu dengan menggunakan nama dan logo Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

LHDN dalam kenyataannya berkata, surat palsu itu mengandungi butiran peribadi mangsa termasuk maklumat perbankan dan amaun cukai tertunggak yang perlu dibayar serta dilengkapi dengan tandatangan palsu pegawai LHDN.

Menurut LHDN orang ramai boleh mengenalpasti surat palsu itu dengan mudah kerana perihal SST adalah dikendalikan oleh agensi lain dan bukannya di bawah LHDN.

LHDN
Contoh surat yang menggunakan logo LHDN bagi memperdaya mangsa.

“LHDN memandang serius terhadap perkara ini dan orang ramai dinasihatkan supaya berhati-hati dengan setiap panggilan, e-mel mahupun surat yang meragukan dengan mendapatkan pengesahan daripada LHDNM terlebih dahulu.

“Sebarang bayaran cukai juga hendaklah dibuat terus ke akaun LHDN dan bukannya melalui akaun peribadi individu mahupun pihak ketiga,” jelasnya.

BACA> Lapan peniaga disiasat naikkan harga ayam

Untuk sebarang maklumat lanjut, orang ramai juga boleh melayari portal rasmi LHDNM di www.hasil.gov.my dan pertanyaan serta maklum balas berkaitan perkara ini juga boleh diajukan kepada LHDN melalui Hasil Care Line di talian 03-8911 1000 / 603-89111100 (Luar Negara) dan media sosial rasmi LHDN. -SM

(Visited 1,021 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button