fbpx
Rencah Hidup

Daripada tauke bengkel ke tauke minuman

Kalau sebut nama penuh Muhammad Imran Zulkafli, mungkin ramai yang tidak kenal.

Tapi kalau sebut Ustaz Imran, pomen yang buat motor Shuib, sudah pasti ramai khususnya pengikut industri permotoran dan ubah suai motosikal tempatan mengenali siapa lelaki tersebut.

Ustaz Imran sebelum ini mempunyai sebuah bengkel di Puchong dan namanya mula dikenali selepas dia bergandingan dengan Shuib bagi projek motosikal Yamaha Y15ZR.

Projek motosikal Shuib yang bergandingan dengan Ustaz Imran boleh dikatakan menjadi fenomena selepas menjadi ikutan bukan sahaja peminat, rakan artis pun turut terjebak.

bengkel


Ternyata juga kejayaan yang menjadi fenomena itu kemudian membawa kepada projek seterusnya bersama Shuib dan kali ini pula dalam bentuk perniagaan minuman.

Daripada perniagaan bengkel motosikal ke perniagaan minuman, Imran mengakui ada perbezaan antara kedua-duanya tetapi dia percaya dengan perancangan Shuib.

“Masa mula-mula dia beritahu berkenaan projek kedai Bubblebee ini, memang saya terus tergerak hati nak ikut serta.

BACA> Sajat kantoikan diri sendiri

“Sebab saya percaya dengan Shuib kerana dia mempunyai matlamat serta perancangan yang khusus untuk Bubble Bee ini,” katanya ketika ditemui sewaktu majlis pelancaran kedai Bubble Bee Cawangan Bangi, baru-baru ini.

Menurut Imran lagi, dia sendiri terkejut apabila melihat sambutan pada hari pertama yang menyaksikan orang ramai beratur panjang walaupun dalam keadaan hujan.

Jelasnya, situasi tersebut memberi gambaran positif terhadap Bubble Bee terutamanya bagi jangka masa panjang.

BACA> Isteri Will Smith dedah kisah curangnya

Ditanya mengenai keutamaannya sama ada di bengkel atau Bubble Bee, jelas Imran, dia mungkin akan mengutamakan bengkel dahulu.

“Di bengkel saya yang lakukan segala urusan melibatkan pengurusan dan sebagainya.

“Cuma di Bubble Bee, corak pengurusan itu sudah ada dah saya tidak perlu terlalu terikat untuk sentiasa berada di sini.

“Datang sesekali untuk memantau perkembangan perniagaan pun sudah cukup,” jelasnya. -SM

Show More

Related Articles

Back to top button