Politik

Tiada masalah PRN tidak sama PRU

KERAJAAN negeri berhak dan sah dari segi undang-undang  untuk mengadakan pilihan raya negeri berasingan dengan pilihan raya umum. 

PeguamHaniff Khatri Abdulla berkataperkara itu dapat dilaksanakan tanpa sebarang masalah dan sah. 

Pada masa ini Sarawak adalah negeri yang melaksanakan pilihan raya negeri berasingan iaitu dua hingga tiga tahun selepas pilihan raya umum. 

Pakatan Harapan (PH) memutuskan untuk tidak membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) di bawah pentadbirannya andai kata kerajaan persekutuan memilih untuk mengadakan Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15. 

Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Tan Sri Annuar Musa berkata pendirian PH itu adalah hak merekahak negeri-negeri berkenaan yang tertakluk kepada ‘consent’ atau perkenan Raja atau Sultan di negeri berkenaan. 

 “Misalnya Parlimen dibubarkanbila ia berlaku biasanya sehari atau dua kemudian Menteri Besar akan mengadap dan memohon dewan negeri dibubarkan. 

 “Jadi bila mereka membuat keputusan untuk tidak bubaria tidak salah kerana bukan satu perkara wajib untuk bubarkan… jadi kalau PH kata negeri-negeri yang mereka pegangkalau berlaku pilihan rayamereka tidak mahu bubarmereka boleh berbuat demikian kerana perlembagaan persekutuan membenarkan anda berbuat demikian,” katanya lapor Bernama. 

Pemerhati politik berpendapat langkah itu diambil oleh PH bagi memberi ruang kepada parti berkenaan memperkemaskan serta menyelesaikan pergolakan dalaman parti-parti gabungan. 

Antara isu yang menimbulkan pertikaian di dalam PH adalah nama individu yang bakal diangkat sebagai perdana menteri bila PH kembali memerintah. 

PKR mencadangkan pemimpinnya Datuk Seri Anwar Ibrahim dan menolak Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai calon perdana menteri. 

DAP tetap dengan pendirian mengangkat Dr. Mahathir sebagai calon perdana menteri. 

Kerajaan Perikatan Nasional (PN) dijangka mengadakan pilihan raya umum pada tahun ini bagi mendapat mandat daripada rakyat selepas mengambil alih pemerintah negara setelah PH runtuh. 

Pilihan raya yang lebih awal diadakan berikutan mood rakyat yang agak baik pada masa ini ekoran kejayaan kerajaan menangani wabak Covid-19. 

Majoriti rakyat juga kini dalam mood yang baik kerana moratorium pembayaran hutang bank dan diskaun bil elektrik yang diberikan kerajaan serta pakej rangsangan ekonomi.

Jika pilihan raya dilaksanakan lambat hingga tahun hadapan negara dijangka terjerumus ke dalam kegawatan ekonomi yang lebih buruk kerana pandemik Covid-19 dan ini menjejaskan mood para pengundi. 

Indikasi kepada tarikh pilihan raya akan dapat dilihat ketika pembentangan belanjawan 2021 yang dijadualkan pada November ini. 

Jika belanjawan tersebut tersangat mesra rakyatia petanda kerajaan mahu mewujudkan mood baik pada pengundi. – SM 

 

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button