Politik

PRK Chini: Koyak diet saya – Najib

BEKAS Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bergurau mendakwa diet atau rutin pemakanannya rosak kerana kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Chini.

Bagaimanapun, itulah kebiasaan apabila calon bersama penyokong apabila berkempen dan bertandang ke rumah pengundi khsusnya dalam Dewan Undanga Negeri (DUN) Chini.

Apabila bertandang ke rumah orang, maka tetamu akan dihidang dengan pelbagai makanan dan minuman.

Apatah lagi apabila tetamu yang datang itu bukanlah calang-calang orangnya, figura umum dan dikenali ramai.

Namun, dakwaan itu hanyalah satu gurauan Najib yang menghargai layanan diterimanya sebagai tetamu ketika berada di Chini.

BACA > Rasmi: Calon BN menang bergaya di PRK DUN Chini peroleh 13,872 undi — Suara Merdeka

“Terima kasih warga Chini. Sepanjang berkempen, kami dialu-alukan dengan layanan mesra. Di setiap rumah dan perkampungan kita pergi.

“Malah tuan rumah juga banyak hidangkan makanan minuman. Koyak diet. Tapi saya amat berterima kasih.”

Demikian kata Najib dalam Facebooknya hari ini. Beliau turut menyindir pihak yang pernah menuduhnya sebagai kelptokrasi dan kronisme ketika menjadi Perdana Menteri dahulu.

https://www.facebook.com/najibrazak/photos/a.294787430951/10157183149280952/?type=3&theater

“Saudara-saudari semua adalah kawan dan kroni saya. Saya berharap hubungan erat kita kekal selamanya.

“Maafkan kami juga jika ada terlanjur kata, kekurangan atau kesilapan yang dilakukan. Ya, pengundian telah pun tamat. Keputusan telah pun diumumkan.

“Alhamdulillah tugas kami di Chini disambungkan dengan restu rakyat. Rakyatlah majikan kami,” ujarnya.

BACA > Jawatan Speaker tidak harus terkesan pergolakan politik – MP Pembangkang — Suara Merdeka

Barisan Nasional diumum menang PRK Chini apabila calonnya Mohd. Shahrim Md. Zain memperoleh 12,650 undi semalam.

Beliau berjaya menewaskan pencabarnya dalam pertandingan tiga penjuru itu iaitu, Datuk Tengku Zainul Hisham Tengku Hussin (1,222 undi) dan Mohd. Shukri Mohd. Ramli (137).

Kejayaan ini disifatkan sebagai satu pencapaian dalam gabungan BN dengan Perikatan Nasional (PN) sebagai kerajaan Persekutuan.

Terdahulu, dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14), Allahyarham Datuk Seri Abu Bakar Harun (BN) menang apabila memperoleh 10,027 undi.

Bagaimanapun, kerusi N23 itu diisytihar kosong apabila penyandangnnya meninggal dunia pada 6 Mei lalu di Hospital Kuala Lumpur akibat serangan jantung.

Allahyarham Abu Bakar merupakan wakil rakyat di kawasan itu sejak PRU ke-11 lagi.

BACA > Mahkamah putus tanah milik pekebun kecil – Najib — Suara Merdeka

PRK Chini selesai diadakan semalam selepas 14 hari berkempen sejak penamaan calon pada 20 Jun 2020. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button