Rencah Hidup

‘Terima kasih kerana Yahudikan saya’

PERTANYAAN kesat seorang warganet terhadap doktor pelatih pakar bedah Malaysia di London, Dr. Nur Amalina Che Bakri dibalas dengan ucapan terima kasih olehnya.

Dalam ciapan terhadap Dr. Nur Amalina, warganet yang menggunakan akaun bernama yAa Azila mempersoalkan cara ibu doktor tersebut ketika berpantang sama ada mengikut cara tradisional atau ikut cara bangsa Yahudi.

“Apa yang mak kamu amalkan ea masa melahirkan kamu? Terus ikut tradisional ke atau Yahudi ?” soal   yAa Azila

Bagaimanapun pertanyaan kesat pengguna Twitter itu tidak dibalas oleh Dr. Nur Amalina dengan cacian. Sebaliknya beliau mengucapkan terima kasih.

Malah bekas pelajar pintar Malaysia itu turut memberi tips untuk berpantang.

“Terima kasih mak cik kerana Yahudikan saya. Ibu saya tidak ikut pun pantang tradisional. Beliau makan makanan yang sihat, minum banyak air, makan sayur dan buah.

“Beliau ikut saranan doktor. Buat senaman kegel dan senaman lain apabila dibenarkan doktor,” kata Dr. Nur Amelina.

Menurut Dr. Nur Amelina, ibunya yang merupakan bekas pengetua sekolah sihat sehingga kini. Pendidikan dalam ilmu sains dan biologi yang dipelajari di sekolah membuatkan ibunya memahami fisologi manusia.

“Sehingga kini alhamdulillah beliau sihat sampai sekarang. Beliau belajar ilmu sains dan biologi di sekolah, jadi beliau faham fisiologi manusia.

“Sebab itu beliau mengalakkan saya utk jadi doktor. Beliau juga tidak akan memaksa orang lain mengikut cara tradisional. Terima kasih.

“Alhamdulillah, kerana didikan ibu saya, saya suka mengamalkan cara hidup sihat sampai sekarang. Tidak pernah ditakutkan-takutkan dengan petua yang tidak munasabah,” ” kata Dr. Nur Amelina.

Sebelum itu Dr. Nur Amelina menegur pihak yang mendakwa urat dan rahim ibu selepas bersalin akan menjadi kembang sekiranya minum minuman sejuk.

Jelasnya, rahim wanita tidak mempunyai sifat span yang boleh menyerap air dengan mudah.

“Saya nak tanya, siapa yang ajar urat jadi kembang, rahim jadi kembang lepas minum air sejuk ni. Rahim tu macam sponge ka boleh serap air senang-senang? Berleluasa sangat dah ajaran ni parah. Oh my biology!” kata Dr. Nur Amelina.

Menurutnya, makan dan minum akan masuk ke sistem pencernaan, bukan ke rahim. Makanan dan minumuman akan diproses di dalam sistem pencernaan sebelum diserap atau dibuang keluar sebagai air kencing atau najis.

Jelas beliau suhu sejuk pula akan menyebabkan salur darah menjadi sempit dan bukannya kembang.

Katanya, tak salah untuk berpantang cara tradisional tetapi jangan sampai memudaratkan.

“Sampai catu air, catu makanan berzat dan macam-macam yang tidak mendatangkan faedah tetapi mudarat. Bincang dengan doktor obs&gynae mana yang boleh ikut, mana yang perlu tinggalkan,” nasihat Dr. Nur Amelina.-SM

(Visited 507 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button