Nasional

Culik dan bunuh: Dua lagi suspek ditahan

DUA lagi suspek ditahan susulan kes culik dan bunuh Datuk Seri di dalam belukar di Batu 27, Jalan Rawang Bestari Jaya, Selangor lima hari lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Datuk Fadzil Ahmad berkata, laporan bedah siasat masih belum diperoleh dan akan disambung esok.

“Sehingga kini sejumlah 11 tangkapan telah dibuat iaitu 10 lelaki dan seorang warganegara asing.

“Dua suspek telah disambung reman bermula hari ini manakala dua lagi suspek akan disambung reman bermula esok,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Fadzil, kes disiasat di bawah Seksyen 3(3) Akta Culik dan 302 Kanun Keseksaan sejak hari pertama mayat ditemukan.

Jelasnya, siasatan lanjut masih dijalankan untuk menentukan sama ada terdapat suspek atau individu lain yang perlu dikesan dan ditangkap.

“Siasatan lanjut yg sedang dijalankan ke atas kes ini juga tidak menolak kemungkinan motif disebabkan masalah hutang dan perniagaan,” jelasnya.

Media sebelum ini melaporkan penemuan mayat yang dipercayai seorang Datuk Seri berusia 55 tahun di Kawasan belukar di Batu 27, Jalan Rawang, Bestari Jaya kira-kira pukul 9 pagi kelmarin.

Mangsa diculik ketika sedang berjoging di sebuah taman permainan di Jalan Persiaran Perdana, Bandar Sri Damansara, Petaling Jaya pada 10 Jun lalu kira-kira jam 10.30 pagi

Kehilangan pemaju hartanah itu diketahui keluarganya pada waktu tengah hari tarikh yang sama selepas menerima panggilan telefon daripada nombor tidak dikenali meminta wang tebusan sebanyak S$50 juta (RM154 juta).

Selain itu, Malaysiakini dalam laporannya berkata seorang daripada suspek yang ditahan bergelar Datuk dan pernah menjadi calon kerusi Dewan Undangan Negeri Selangor pada pilihan raya umum ke-13. -SM

(Visited 119 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button