Nasional

Motosikal bertembung, seorang maut

SEORANG lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya merempuh seorang lagi penunggang motosikal lelaki warga emas di Jalan Sentul, Kuala Lumpur petang tadi.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkefly Yahya berkata, kemalangan berlaku kira-kira pukul 1 petang tadi.

“Kejadian berlaku ketika mangsa, Muhammad Hakim Idrus, 20, yang menunggang motosikal jenis Yamaha Lc 135 sedang dalam perjalanan menghala ke pusat bandar dari arah Bulatan Kepong.

“Mangsa bagaimanapun telah berlanggar dengan sebuah motosikal jenis Modenas Kriss yang ditunggang oleh seorang lelaki warga emas berusia 63 tahun yang membelok ke kanan dari arah bertentangan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

BACA> Persenda jata negara ibarat cuba ganggu kedaulatan negara

Menurut Zulkefly, akibat pertembungan itu, mangsa yang menetap di Pinggiran Taman Dato Senu di sini maut akibat kecederaan parah di kepala.

Warga emas tersebut juga mengalami kecederaan parah di bahagian kepala pula dan tidak sedarkan diri,” katanya.

Tambahnya, siasatan berhubung kejadian masih diteruskan dan kes kini disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. -SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button