Kebakaran

Wad Hospital Sultanah Aminah terbakar lagi, perkhidmatan tak terjejas

WAD Perubatan Perempuan 1, Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (HSAJB) terbakar pada pukul 2.50 petang tadi.

Pengarah Kesihatan Johor Dr. Aman Rabu berkata, kejadian ini disedari oleh kakitangan serta waris yang berada di kawasan berkenaan seawal 2:50 petang.

Menurutnya, wad perubatan yang terbakar bukan dalam bangunan induk sebaliknya terletak di bangunan satu tingkat di hadapan kawasan parkir.

Jelas beliau, tiada sebarang kemalangan jiwa atau kecederaan serius dilaporkan.

“Pasukan Emergency Response Team (ERT) HSAJB telah memulakan usaha memadam api. Pihak BOMBA yang telah tiba di tempat kejadian pada jam lebih kurang 3.13 petang.

“Api berjaya dipadamkan pada kira-kira jam 3.17 petang. Syabas atas kerjasama padu semua pihak,” kata Dr. Aman dalam satu kenyataan hari ini.

Dr. Aman berkata, pihak berwajib sedang menjalankan siasatan lanjut untuk mengenal pasti punca kebakaran.

Menurut beliau, atas faktor keselamatan pesakit dan waris telah dipindahkan ke lokasi lain untuk sementara waktu bagi memastikan rawatan pesakit dapat diteruskan.

“Perkhidmatan di HSAJB tidak terjejeas dan masih diteruskan seperti biasa,” kata Dr. Aman.

Pada 25  Oktober 2016 enam pesakit terdiri dari empat wanita dan dua lelaki maut manakala dan mencederakan 11 yang lain dalam kebakaran di tingkat dua unit rawatan rapi (ICU) selatan Hospital Sultanah Aminah (HSA).

Dalam kejadian itu seramai 166 anggota bomba dan 10 jentera dikejarkan ke HSA sebaik sahaja panggilan diterima.-SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button